Pages

26 Jun 2011

Gambar Ambiga Dibakar PERKASA - Kerana Biadap Anjur Demo KOTORkan Malaysia !!!


tarikh : 19 Jun 2011 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur
gambar : The Malaysian Insider


Panglima sebentar tadi baru terjumpa insiden gambar Ambiga yang merupakan pengajur BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 akan datang telah dibakar. Ditemui di portal berita The Malaysian Insider yang juga dilihat pro Pakatan.

Sedikit kesibukan membuatkan ada benda yang 'tercicir' dari pandangan. Namun dengan ribuan pendekar siber yang rancak bersilat di alam maya tentu kita tidak akan terjejas dengan hal sedemikian. 

Berbeza dengan blogger Pakatan ramai antara mereka mendapat bayaran menjadi blogger sepenuh masa. Perkara ini sudah lama tersebar di telinga kami blogger Kerajaan. Kickdefella adalah bukti bagaimana beliau menerima wang RM 4 juta digunakan untuk menambah 'serbuk perisa' menggunakan media baru agar imej Pak Lah dijatuhkan.

Ambiga yang mana gambarnya dibakar memang berketurunan bukan Melayu dan juga  bukan orang biasa. Namun seperti Kata Datuk Ibrahim Ali : kita benci kerana beliau membuat huru hara melalui demonstrasi bukan kerana warna dan bangsanya...

Beliau adalah antara orang yang tinggi ilmu tentang undang-undang negara kita. Bahkan adalah mantan Presiden Majlis Peguam  yang mana sejak dulu lagi sememangnya pro kepada pembangkang. Presiden Majlis Peguam atau Bar Council sekarang ialah Lim Chee Wee. 

 
Logo Majlis Peguam


Kita tidak pasti kecenderungan politik beliau tetapi Panglima telah temui gambarnya di Suara Keadilan / Keadilan Daily di sini  http://www.keadilandaily.com 

Rakan Panglima juga ada yang bangga dengan sticker logo Majlis Peguamnya. Beliau selalu membela Pembangkang dan pekat menyokong pakatan tersebut meskipun ayahnya adalah penyokong tegar Barisan. 

Ini kerana mungkin suasana kampus di UIA ketika itu telah menjadikan beliau untuk kritikal sehingga terjebak dengan politik anti pembangunan dan melawan dasar baik Kerajaan kepada rakyat bawahan. Mungkin sekarang sokongan kepada Pakatan adalah agenda tersirat Majlis Peguam ? Wallahu A'lam.


Pembakaran gambar Ambiga oleh ahli PERKASA satu perkara sangat serius. Ia bukan main-main atau aktiviti masa lapang. Ia adalah satu majlis terancang dan dihadiri oleh orang yang bersemangat mempertahankan negara kita walau dengan darah mereka. Semua sudah tahu hal ini. Terutama kumpulan dari PERKASA yang memang berani di mulut dan perut mereka menjaga negara kita.

Sekali lagi nasihat Panglima semua pihak perlu pandang serius insiden pembakaran gambar Ambiga yang tidak dapat disangkal lagi satu bentuk peringatan kepada semua pihak.

Ia menunjukkan kemarahan rakyat yang bergabung suara dalam PERKASA terhadap Ambiga dan ia perlu diambil perhatian sebelum berlaku kejadian yang kita tidak inginkan. 

Hingga kini sudah lebih 1000 laporan polis dibuat oleh rakyat dengan 101 laporan polis serentak dibuat di Sungai Rapat PERAK diketuai Ketua Penerangan Wanita Dato' Hamidah seperti laporan di sini http://www.suarabloggers.com/ 

Jika ada kematian samada di pihak kerajaan atau pembangkang tentu suasana makin sukar dikawal dan ugutan bunuh yang diterima pihak UMNO dan juga Ambiga sendiri adalah proses yang menuju ke arah itu.
.
Di Mesir hasutan memberontak makin hebat bila ada kematian berlaku... Di negara lain juga begitu. Apabila emosi dan simpati maka manusia akan melakukan apa sahaja mengikut orang yang mengetuai mereka.


ISLAM naik di Malaysia dan di dunia juga MALAYSIA yang kuat mempertahankannya dan jika jatuh MALAYSIA akibat FITNAH dan FATWA SESAT ulama yang JAHAT bertaraf DAJJAL maka akan jatuhlah ISLAM jua akhirnya.

Moga Allah selamatkan kita dan tidak membenarkan dataran Merdeka menjadi Medan Tahrir ke II.

Kenali lanjut siapakah Ambiga di sini  http://www.bharian.com.my/ 

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.