Mat Sabu yang kini popular dengan gelar Mat Syabu dan pernah digelar Al Khalwati telah membuat sidang akhbar. Beliau meluahkan rasa kecewanya selepas dihalang dari berceramah depan Perdana Menteri. Yang lebih menggelikan hati Panglima ialah Pak Mat juga menyatakan terang-terangan : "Saya mestilah sangat gembira dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri.
Panglima tidak sangka Timbalan Presiden PAS yang baru ini juga ada perasaan gembira untuk duduk bersama Perdana Menteri. Pendek kata - mungkin terlalu kecewa maka beliau terpaksa membuat sidang akhbar khas untuk menyatakan kekecewaannya.
Semua sudah mengetahui NGO AMAN MALAYSIA adalah di bawah Tun Mahathir dan Mukhriz. Maka tepatlah tindakan tidak membenarkan Abang Mat berceramah di hadapan PM ketika Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia kerana kita tahu membuka peluang kepada 'musuh' berceramah depan Perdana Menteri adalah satu tindakan tidak wajar dan boleh mengaibkan pengajurnya..
Maka Abang Mat Sabu kena sabar dan mungkin boleh hantar surat untuk duduk di mana-mana pentas bersama Perdana Menteri. Bab bercakap memang susah dikawal. Apatah lagi Mat Sabu memang 'sukar dikawal' sejak dulu hingga sekarang. Jangan lupa kes 'luar kawal' beliau di bilik 121 di Hotel Perdana dulu.
Nasihat Panglima kepada Abang Mat Sabu - lagi bagus jika beliau ingin bersama sepentas dengan Perdana Menteri dengan terus daftar jadi ahli parti UMNO. Selepas itu tentu beliau boleh duduk satu pentas dengan Perdana Menteri. Seburuk-buruk Bekas Timbalan Presiden PAS yang lalu pun tak buat sidang akhbar untuk luahkan rasa kecewa tidakk dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri.
Lagi mengejutkan Khalid Samad nampaknya seperti 'takut' untuk pergi ke GAZA dengan membuat kenyataan menimbangkan pemergiannya ke Palestin. Pelik kerana tidak dibenarkan membuat ucapan Khalid Samad pula teragak-agak nak pergi Palestin.
Katanya : "Saya pun sedang fikir balik samaada nak pergi atau tidak labih-lebih lagi bila diberitahu Mat Sabu tidak diberi peluang berucap malam tadi dan nampak Umno BN nak guna program ni untuk naikkan nama mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Kata puak PAS rela dan berani mati syahid ? Kenapa sebab Mat Sabu pula dijadikan alasan untuk tidak pergi ke Gaza?Terbukti bahawa pemimpin PAS suka bercakap dan tidak serupa bikin apa yang diorang cakap. Dulu jaja negara Islam sekarang dah tukar 'negara kebajikan'.
Kenyataan kedua pemimpin PAS ini boleh dilayari di sini
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.