Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Dalam hal ini Panglima merasa kasihan kepada nasib blogger Sharpshooter (terjemahan:penembak-tepat) dari Pakatan Penipu & Penyamun Rakyat atau PPPR yang telah diperintah membayar ratusan ribu ringgi kepada Datuk Seri Rais Yatim. Seperti laporan akhbar portal Cina " Sin Chew " di sini http://www.mysinchew.com/node/60807
Ia disiarkan oleh rakan Panglima Bro Jinggo di blog beliau : http://brojinggo.blogspot.com/
Alasan panglima :
1. Blogger tersebut memang diupah untuk menyerang pemimpin BN.
2. Jika tidak diupah Blogger tersebut barangkali terlalu gembira dengan pendedahan Rocky Bru lalu mencedoknya dengan menambah lagi perisa kari dan cili api sehingga makin pedas.
3. Blogger yang disaman juga mungkin terlanjur menuduh DS Dr Rais Yatim dengan tuduhan merogol amahnya walaupun sedar ia merosakkan nama baik beliau.
Cadangan panglima untuk menyelesaikan masalah di atas :
Blogger tersebut perlu diajar dengan cara :
1. Mengarak beliau dengan memakai seluar pendek tanpa baju sekeliling Kuala Lumpur dengan memakai papan tanda 'Aku Blogger Penipu'
2. Siaran langsung perlu dibuat untuk membolehkan rakyat melihat upacara membersihkan nama DS Dr Rais Yatim tersebut.
3. Satu artikel juga perlu disiarkan sekali sehari selama 365 hari memohon maaf atas perbuatannya menfitnah nama baik Ds Dr Rais Yatim.
Harap cadangan ini dapat meringankan beban kewangan blogger Sharpshooter tersebut yang tentu tidak akan bayar sesen pun perintah mahkamah ( walaupun boleh jadi mampu ) seperti kes jutaan ringgit yang telah dimenangi oleh lawan Suara Keadilan sebelum ini iaitu Dr Nordin Kardin dan UUM sebanyak RM 7 juta pada 27 Mac 2008.
Apa komen anda tentang pandangan Panglima ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.