Setakat ini belum lagi diketahui info terkini kenazakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh anda lihat gambar di bawah . Maka alangkah baik dihadiahkan Al Fatihah terlebih dahulu agar jika beliau benar-benar mati, kita tidak akan bersalah kerana telah membacakan al fatihah kepadanya.
Apa akan terjadi kepada Pakatan Pembangkang jika Anwar sudah 'pergi' ??? Jawapannya : jika Anwar mati tentu Pakatan akan dapat ketua baru. Tentu Karpal dan Lim Kit Siang akan tersenyum lebar.
Jangan fikir jika Anwar Ibrahim tidak ada orang lain tidak mampu ketuai Pakatan. Tetapi Hj Hadi tentu tidak akan diberi peluang walau dah umum nak buat negara kebajikan. Kerana 'amanat hadi' masih menghantui mereka berdua barangkali.
Permainan politik Karpal PoooSingh (gelaran Zulkifli Nordin ) dan LKS tentu tidak sama seperti tahap pemikiran kita orang awam dan beragama Islam. Mereka bukan Islam dan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.
Kembali kepada cerita DSAI di atas, jelas nampak seperti satu lagi drama akan dipentaskan. Selepas gagal mendapat sokongan yang diharapkan, nampak seperti beliau akan mementaskan dramanya yang sudah pun boleh dipentaskan bila-bila masa sahaja. Drama yang pada awalnya diharapkan pelakon tambahan dari Demo Haram BERSIH, tetapi bertukar sebaliknya. Dan kini hanya DSAI seorang diri yang akan teruskan drama ini samada berjaya atau tidak..
Selamat berusaha untuk mengelak penjara demi menuju Putrajaya !!!
Baca juga ulasan bekas ahli PKR Saudara Hamizun di bawah :
Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau adalah seorang pelakon lima bintang sehandal Datuk Shahruk Khan atau Amitha Bachan.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, hari ini Anwar berlakon lagi dan lakonan bermula di Hotel lima bintang Hilton Sentral. Dia tahu bahawa ada perintah mahkamah yang menghalang dia dari menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, tetapi seperti biasa Anwar `membakul sampahkan’ perintah mahkamah dinegara ini.
“Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes liwatnya pun dia nak pecat, apatah lagi perintah mahkamah seorang majistret. Nampaknya Anwar lebih seronok untuk terus melanggar undang-undang dan cuba menerapkan hukum rimba di negara ini.
Hakikatnya, kecederaan yang beliau alami petang ini adalah terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan kerugian berjuta ringgit yang dialami oleh golongan peniaga di ibu negara hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi kepada media.
Tambahnya, cedera itu juga lakonannya seperti yang rakyat saksikan dia `menghunuskan senjatanya’ terhadap pelacur China Doll yang dilangganinya beberapa bulan lalu.
“Ternyata Anwar adalah seorang kuda tua tunggangan DAP dan sepatutnya dia insaf dan sedar bahawa umur sudah tidak menyebelahinya. Berehat lah Anwar, jagalah anak cucu di rumah,” tambahnya yang juga bekas Ketua AMK Negeri Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.