Amaran : sila jangan ketawa baca berita di bawah. Ini benar bukan main-main kerana dilapor oleh MALAYSIAKINI ! Portal paling lurus dan jujur di Malaysia.
Sekali lagi, jangan ketawa baca ayat di atas. Kerana selanjutnya ialah cerita tragedi paling sedih akan anda rasai membacanya.
Sekali lagi jangan ketawa : Mat Sabu bukan orang biasa. Dia Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia.
Takkan orang kedua tertinggi PARTI ISLAM akan belawok ( menipu ) !
Sekali lagi jangan ketawa melihat gambar beliau. Ini bukan pesakit down sindrom seperti yang anda fikirkan !!!
Dia adalah TIMBALAN PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA. Parti yang sering menjanjikan SYURGA ! bukan janji janji seperti Barisan Nasional.
Sebab itu Mursyidul Am parti Mat Sabu digelar Wali. Wali Selipar pun wali juga ye. Anugerah blogges yang tidak diminta olehnya.
Berikut cerita serius dan jujur beliau yang pernah DIFITNAH di bilik Hotel Perdana 121 suatu ketika dahulu angkara PINTU HOTEL yang terkunci sehingga dia dan Normah terkurung berdua dalam bilik tersebut. Celaka PINTU HOTEL yang canggih sangat sampai Mat Sabu telah malu angkara perempuan masuk biliknya dan PINTU yang tidak pandai bercakap untuk memberitahu dia akan mengunci sepasang manusia yang halal kahwinnya itu.
Jangan ketawa ! Ini serius tahap gaban. Bukan main-main. Panglima tidak akan buat lawak. Ini bukan cubaan. Tetapi benar !!!
Apa yang ingin diceritakan ini bukan kisah BILIK 121 tetapi kisah kekejaman PDRM. Malang sekali Mat Sabu yang dizalimi PDRM !
Kata Mat Sabu ( tolong tahan ketawa anda termasuk kentut juga ) yang dilapor Malaysiakini :
Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.
Wow ! PDRM dah pandai rempuh orang ye. Ishhh jahat betul !
Sambungnya lagi :
ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Opsss - macam mana Mat Sabu sebagai orang hebat dalam politik tidak kenal kenderaan Land Rover PDRM yang selalu bawa orang mati dibunuh atau kemalangan jalanraya berwarna biru tua itu ? Tolong jangan fikir kerana kata-kata Mat Sabu haram diragui sedikitpun.
Lanjut Mat Sabu :
Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.
Tolong jangan ketawa ! Tak baik ketawakan orang yang berkerusi roda seperti beliau.
Tetapi kalau nak ketawa juga apa boleh buat. Sebab cerita Mat Sabu di atas memang lawak dan boleh pecah perut membacanya.
Tolong lihat gambar hebat Anwar di bawah dan tolong jangan ketawa melihat gambar walaupun di hati terlinta ini macam rupa orang gila dan berada di Tanjunga Rambutan !
Tolong jangan ketawa sikit. Ketawalah puas-puas selepas anda sudah mula faham cerita yang ingin disampaikan.
Tahniah kepada polis kerana berjaya 'merempuh' Mat Sabu sehingga dia sudah layak digelar OKU.
Ada lagi yang dirempuh sila laporkan untuk kita buat bahan ketawa kita selepas Maharaja Lawak sudah pun selesai acaranya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.