Pages

30 September 2011

Gempar : Akhbar Cina Puji DS Najib Gempur Kubu Lim Guan Eng & Teruja Anak PM Fasih Bahasa Mereka !!!


Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 27 Sept. 2011 (Selasa)
Tajuk: PM; saya akur pada kamu
Ditulis oleh: Kim Ting

Bagi memungut dana sekolah-sekolah Cina, kamu (PM) telah lakukan gerakan yang selama ini tidak pernah dilakukan selama tempoh 50 tahun lamanya, iaitu gunakan basikal, berbasikal di Pulau Pinang dan ambil bahagian dalam kempen “dana pendidikan 1 Malaysia”, kamu (PM) telah masuk ke dalam kubu kuat Lim Guan Eng, secara bergaya menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang seperti disejuk bekukan (menggigil). Sebenarnya angin kehebatan Najib telah bertiup ke Pulau Pinang, kekuatannya seperti halilintar membelah langit yang sungguh memeranjatkan semua pihak.

Membuat saya terfikir; adakah kamu (PM) ini mahu membuat persediaan untuk PRU akan datang? Berpenat lelah dalam berkempen? Sebab itu ramai orang kata PRU sudah semakin hampir (akan) diumumkan, adakah kamu (PM) sudah perolehi inspirasi itu?

Sudah tentu, kamu (PM) lebih bijak bahawa jika mahu berkuasa terlebih dahulu (mestilah) dapat tawan hati rakyat, sebab itu selepas kamu (PM) memegang jawatan PM terus sahaja melancarkan polisi dan program mesra rakyat dan mendampingi rakyat, di semua tempat cuba menyenangkan hati rakyat, supaya dapat tawan kembali jiwa kaum Cina yang terhakis pada PRU 2008.

Sebelum ini kamu (PM) tidak pernah menggunakan Setiausaha Sulit dari kalangan kaum Cina, kamu (PM) dan anak kamu pada masa yang sama telah masuk dalam siaran TV, bahasa Mandarin anak kamu menggemparkan semua orang Cina kerana (kamu hantarnya ke China belajar bahasa Mandarin), kamu telah berjumpa dengan orang ramai di dalam Facebook, melalui SMS mengucapkan tahniah kepada rakyat pada waktu baik, hari dan bulan yang baik….

Ini Adalah Satu Permulaan

Anda (PM) faham bahawa harga minyak kini telah melambung naik, menyebabkan rakyat terutama sekali rakyat dari golongan yang berpendaptan rendah rasa susah dan tertekan, sebab itu anda (PM) sedaya upaya mahu membantu mereka, wujudkan “Klinik 1 Malaysia”, rakyat hanya perlu bayar 1 ringgit untuk mendapatkan rawatan; anda (PM) wujudkan “kedai runcit 1 Malaysia”, menetapkan barangan yang dijual berharga murah….. walaupun usaha itu untuk membantu semua rakyat, ini seperti setitis air di dalam laut, dan ini hanya satu permulaan sahaja.

Dalam masa terdekat ini, apabila Pas menyatakan mahu wujudkan hukum hudud, secara segera anda (PM) berkata, kerajaan BN tidak akan laksanakan hukum hudud, ini dapat mententeramkan jiwa orang-orang bukan Islam.

Kami percaya ramai dari kalangan rakyat di negara ini punyai buah fikiran yang sama, sebab itu anda (PM) lebih mesra rakyat daripada 5 bekas Perdana Menteri yang lalu, kamu lebih mesra dengan rakyat. Walaupun anda (PM) dikritik kerana sudah hampir pilihan raya baru buat aktiviti-aktivit seperti ini, orang tua yang dapat kerakyatan hadiahkan anda (PM) "LIU QIU”, mendapat subsidi untuk sekolah-sekolah Cina, mungkin semua orang tidak terfikir begitu.

Dengan usaha gigih anda ini, sudah tentu tiada orang yang berani ragu-ragu terhadap jawatan Perdana Menteri yang anda sandang. Yang menyedihkan sekali ialah anda telah memikul tanggungjawab pakej sejarah yang begitu berat sekali. Iaitu beban yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini, termasuklah rasuah, salah gunakuasa, tidak pegang kepada keberkesanan, hanya menjaga kroni-kroni yang menyebabkan banyak penyelewengan. Perkara ini telah terhimpun dan terlonggok bertahun-tahun lamanya, kami tidak salahkan anda, tetapi anda perlu bersihkannya, jika mahu bersihnya ia bukannya semudah seperti yang dibicarakan (?) 

- terjemahan: AH/ Hj. SHO/ Q -



Jika anda mahu membaca koleksi berita bahasa Cina anda boleh dapatkan di laman berita bebas Kritis Online di atas.

Selamat membaca.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.