Pages

09 Oktober 2011

Dr Zahid Hamidi Optimis Umno Boleh Tawan Kelantan PRU Akan Datang

UMNO mahu menang, bangunkan Kelantan

KOTA BHARU 8 Okt. - UMNO berazam merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang bagi membawa lebih banyak pembangunan demi kesejahteraan rakyat negeri ini yang terbukti dahagakan kemajuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengakui usaha itu sukar, namun tidak mustahil dicapai dengan usaha gigih yang dijalankan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan rakan-rakannya dari dalam dan luar Kelantan termasuk komponen Barisan Nasional (BN).

Malah katanya, usaha untuk merampas Kelantan bagi membawa kemakmuran kepada rakyat, diperkuatkan lagi dengan keyakinan pelbagai pihak terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru membentangkan Bajet 2012 dengan memberi kesejahteraan kepada rakyat di semua peringkat.

"Kami berazam dalam PRU akan datang untuk menterbalikkan keputusan Pilihan Raya 2004, ini azam kami, kalau pilihan raya 2004 kita mendapat 22 kerusi, mereka dapat 23 kerusi, kita berazam dan berusaha di bawah kepimpinan Mustapa dan rakan-rakan yang lain di Kelantan ini sekurang-kurangnya kita dapat 23 dan mereka dapat 22," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, bagi mencapai hasrat tersebut, UMNO akan memantapkan jentera parti dalam menjalankan kempen penerangan dan gerak saraf secara lebih intensif bagi menyedarkan rakyat Kelantan mengenai banyak kepincangan serta kelemahan kerajaan Pas Kelantan selepas mentadbir lebih 20 tahun.

"Saya yakin kalau ini dapat dilakukan dengan tersusun dan teratur, banyak isu dan perkara yang menjadi kelemahan kepada kerajaan negeri dan kepimpinan parti yang memerintah negeri Kelantan, tetapi setakat ini kita belum cukup berjaya untuk mengeksploitasi dan menjelaskan kepada orang ramai.

"Orang ramai maklum perkara ini, tetapi kalau penjelasan dapat dibuat maka kelemahan-kelemahan mereka selama lebih 20 tahun ini akan terdedah dengan sendirinya dan kita harap gelombang kali ini adalah gelombang merah yang benar-benar dapat menukarkan minda, sikap dan kuasa rakyat di Kelantan," katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO negeri supaya mengetepikan masalah dalaman yang berlaku bagi memastikan matlamat merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas tercapai.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Ahmad Zahid berkata, sekiranya UMNO mengambil alih Kelantan, parti itu pasti akan membuat perubahan bagi memastikan rakyat Kelantan dapat menikmati kemajuan dan pembangunan.


Menurut info kalangan rakyat Kelantan rupanya ceramah PAS sudah kurang dihadiri rakyat ahli parti tersebut. Mereka sudah muak denga pembohongan dan tipudaya pemimpin PAS yang hanya tahu bercakap tetapi gagal membuat apa yang mereka perkatakan. 

Sehingga kini peratus pengundi menyokong PAS semakin menjunam dengan drastik sekali dengan berbagai isu yang gagal ditangkis dengan berkesan oleh pemimpin termasuk blogger Pakatan sendiri yang dikhabarkan mendapat peruntukan berjuta berbanding kami yang kekurangan serba serbi. 

Cuma pandangan peribadi Panglima ialah Umno perlu elak dari bertembung sesama sendiri sudah pasti kemenangan akan menjelma di tanah kelahiran Panglima tersebut PRU 13 tidak lama lagi. Berkorbanlah demi tanah air kita dan kepentingan rakyat jelata.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.