Penembak Noramfaizul didedah
MOGADISHU 4 Okt. - Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.
Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan.
Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.
Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.
Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.
Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.
Sumber : http://utusan.com.my
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.