Dalam artikel tersebut dinyatakan bahawa tidak ada sepatah pun perkataan 'sekular' disebut di dalam Perlembagaan.
Juga disebut bahawa Suruhanjaya Lord Reid hanya bertugas menyediakan laporan ke arah penggubalan undang-undang.
Kekurangan penekanan isu Islam dalam pentadbiran yang dilihat selama ini kerana alasan masyarakat majmuk bukan kerana menolak kebenaran Islam.
Adakah dalam keadaan perkongsiaan kuasa dengan bukan Islam kita mampu melaksanakan Islam sepenuhnya? Bukti Pas gagal mempengaruhi rakan Pakatannya untuk mencapai kata sepakat bagi melaksanakan hudud adalah kes terbaru untuk rujukan kita tentang hal ini.
Kenyataan Tun Salleh Abbas juga diputarbelitkan oleh pihak pembangkang dimana beliau mengatakan undang-undang dikuatkuasa ialah sekukar bukannnya menyifatkan Malaysia negara Sekular.
Sedangkan dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Persekutuan, Mahkamah Persekutuan sudah memberi tafsiran lebih meluas kepada Islam iaitu satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam. Mahkamah tertinggi negara itu patut lebih kredibel di dalam menjadi hujah perbahasan topik ini.
Kenyataan Dr Aziz Bari dalam artikel imej di atas bahawa negara sekukar yang sebenar tidak akan membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang cukai diguna untuk tujuan agama, harus dipandang serius oleh semua pihak.
Ia membuktikan kita negara Islam walaupun ada kekurangan yang sedang dan akan dibaiki sedikit demi sedikit tanpa meminggirkannya.
Rupanya Malaysia sudah lama Islam di saat Pas berjenama Islam gagal menerus dan mempertahan perjuangan Negara Islam demi menjaga hati rakan Sepakatan.
Tarikh artikel : 6 Oktober 2011 Khamis Muka Surat 24 Berita Harian
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan