gambar dari twitter @jezlai
Antara inti ucapan YAB Perdana Menteri yang sedang berjalan dan ditulis dalam twitter Wan Ahmad Shihab @WShihabPMO dari PMO sebentar tadi :
- bila ingin bertarung, tahap kesiapsiagaan perlu mantap. Paling penting jangan buat masaalah. "Don't create problems"
- BN bukan sahaja ada ahli BN tetapi juga kekuatan "Friends Of Barisan Nasional". Tapi semuanya perlu elak masalah dalaman.
- Masaalah paling besar yg perlu dielak ialah masaalah yg timbul setelah parti memilih "WINABLE CANDIDATES"
- Elak definisikan diri sendiri sebagai "WINABLE CANDIDATE" dan bila tidak dicalonkan, khianati calon yg terpilih.
- saya dah 35 tahun dalam politik. Tak sewenang2nya terima laporan "Dato Sri, semuanya OK!!". Saya nak tengok bukti.
- Jangan kata di WP ini BN tak boleh menang. Kita boleh menang tetapi kessiapsiagaan kita penting khusnya keseiaan mental
- yang penting, jgn ada puak dlm parti; jgn bergaduh sesama sendiri; jgn berebut kerusi antara parti komponen; jgn sabotaj
- BN parti demokratik. Pemimpin dipilih. Tiada "ketua umum", tiada "penasihat seumur hidup", tiada anak sendiri S/U Agung.
- Pembangkang caca merba, asyik main silap mata politik. Buat Bajet Bayangan, tapi Kabinet Bayangan tak berani. Takut berbalah.
- Pembangkang caca merba, asyik main silap mata politik. Buat Bajet Bayangan, tapi Kabinet Bayangan tak berani. Takut berbalah.
- Pembangkang tak mampu buat kabinet bayangan sebab nanti Karpal dimana? Hadi di mana? LKS Dimana? Semua akan bercakaran
- Pembangkang kata Bajet2012 pancing undi...Buku Jingga tu pancing apa? Pada kerajaan yg penting belanja dgn tanggungjawab.
- saya pergi sarapan tepi jalan di Uptown, begitu ramai rakyat kebanyakan ucap terima kasih kerana Bajet yg baik.
- ramai cakap mereka dapat rasa secara langsung manfaat Bajet kali ini, bukan sekadar konsep ekonomi yg besar dan kompleks.
- "Rakyat Didahulukan" bukan sesuatu yg saya canang bila Pilihanraya sudah dekat. Sudah lebih dua tahun kita janji dan tunaikan
- Bukan seperti sebuah negara Eropah, bukan shj kita tidak potong gaji Kakitangan K'jaan, kita tambahkan lagi.
- Kita adil kepada semua, bantu semua rakyat secara "equitable". Bukan terkial2 minta sokongan hanya bila musim Pilihanraya
- Pemimpin parti jangan jaga penyokong tegar kita sahaja. Jaga semua dalam parti, jaga semua jentera, semua pihak.
- Kepada Allah Kita Berserah. InshaAllah BN akan menang dengan Besar. Hidup Barisan!
terima kasih @nolin_ali atas gambar anda kepada panglima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.