Pages

14 Oktober 2011

Mesti Baca : Twitter PM Nafi Sokong Namewee !!!


Kenyataan di atas dikeluarkan pada 30 September 2011 yang lalu (rujuk sini)


Video ulasan PM kepada wartawan isu Namewee :




Antara butirannya :

"Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.

"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,"



Satu harapan kita : Namewee diadili di mahkamah untuk dibicara... samada bersalah atau tidak, itu perkara kedua, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah dalam menentukannya.

Tidak cukup minta maaf kali pertama oleh Namewee isu lagu negaraku tetapi permohonan maaf isu menghina Pengetua Kulaijaya, TNB dan Utusan dll perlu juga dibuat. 

Baru orang Melayu dapat menerima transformasi beliau menyokong 1Malaysia sepenuhnya.

Yang positif oleh Namewee hasilkan (seperti kempen Undilah) iaitu kempen ajak rakyat mengundi - kita terima dengan tangan terbuka atas prinsip 1Malaysia.


Video 'undilah' karya Namewee yang lebih banyak tayang Nurul Izzah beberapa kali (yang pertama kali Panglima tengok sebentar tadi ) dan pemimpin Pakatan berbanding BN - boleh anda tengok sini :





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.