Lagi email diterima berkenaan Presiden PVTM untuk bacaan pembaca blog Panglima. Ia memang mengejutkan Panglima sendiri. Kerana panglima tidak tahu gelaran Datuk beliau bukan ori tetapi palsu dan tidak diperaku dan telah menulis gelaran datuk pada nama beliau.
Namun ia boleh menambahkan dan membetulkan maklumat tentang isu yang telah keluar di blog Panglima pagi tadi.
Terima kasih kepada penghantar email atas maklumat ini. Sesiapa ada info menarik boleh emailkan kepada Panglima di panglimaperangcyber@yahoo.com
KUALA LUMPUR 12 Jan 2011 – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.
Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.
Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.
Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.
Sumber : Utusan Online
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
kalau dah namanya penipu, kredibiliti langsung out! tak layak pegang persatuan!
BalasPadamkalau dan namanya fenifu... kredibiliti out, takyah laa pegang persatuan!
BalasPadamberani krn benar...memang dia pernah menipu krn mengikut hawa nafsu namun orang yg sanggup mengaku kesilapannya sebenarnya ialah seorang yg sangat berani...ambo tabik!!
BalasPadamsusah utk mencari insan yg mahu mengaku silap & menjatuhkan nama baik serta merugikan diri sendiri. inilah perbuatan yg perlu kita contohi...memohon maaf & mengaku salah.
tak rugipun sebenarnya..kalau semua orang memaafkannya, dia dah tak menanggung beban dlm dadanya! ambo takdak kena mengena dgn dia tp ambo maafkan dia...
susah wooo nak buat!!!!!
Ni lah kalau dah gila pangkat dan kuasa nak sangat hingga sanggup keluar duit nak kan gelaran, tengok muka pun dah kenal jenis gila kuasa...cari orang lain pegang persatuan...orang jenis mcm dia ni opotunis..
BalasPadam