Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 November 2011

Akhbar Cina Mahu Lim Guan Eng & Persoal Anwar Calon Perdana Menteri

Rupa-rupanya akhbar Cina pun tidak 'berselera' dengan 'lauk' dijual Kedai Pakatan Haram bahawa bakal PM Malaysia disandang oleh Anwar Ibrahim.

Mereka nampaknya mula memukul gendang dan memainkan tarian tradisi untuk mengangkat kaum mereka sendiri sebagai Perdana Menteri di dalam artikel ini.

Sebelum ini kita tidak mengetahui isi akhbar Cina namun hari ini kita dapat membaca lubuk hati mereka yang terzahir dalam patah perkataan, siapa calon pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Haram menang.

DAP yang terperanjat apabila hasrat Tony Pua merancang mengecilkan saiz penjawat awam di negara ini telah tersebar walau ia disiar dalam akhbar bahasa ibunda mereka.

Semuanya kerana kita telah mendapat terjemahan yang disiar oleh blogger Mymassa selain portal Kritis-Online.com sebelumnya.

Bacalah artikel di bawah wahai saudara-saudariku dari Pas dan Pkr.

Jangan jadi bodoh sangat dengan mempercayai lakonan opera puak DAP sehingga bermati-matian menjana kemenangan untuk pertabalan PM dari puak mereka.

Bumi ini milik Raja Melayu dan kitalah yang berhak memerintah dengan adil dan saksama tanpa menindas mana mana agama dan bangsa lain sedikitpun berbanding masa depan yang pasti kelam jika puak DAP yang memusuhi Islam dan tradisi Melayu secara tidak langsung,memegang kuasa pemerintahan.

Tolonglah wahai saudara seagamaku agar kita dapat berubah kembali ke arah kebenaran tanpa diperdaya oleh hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa menyeru ke arah taman perpecahan dan pergaduhan sesama Islam.

Mohonlah kepada Allah agar kita dibuka mata hati dapat melihat kebenaran bukan kepalsuan serta menyokongnya.amin

Sekian, mohon disebarkan.


Akhbar China Press m/s C19

Perkara: calon perdana menteri Pakatan Rakyat- Lim Guan Eng?

10 November 2011 (Khamis)

Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?

Goh Chee Chong

Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya "siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?" apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.

Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan "semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim". Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  "selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM" sudah memadai.

Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.

Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri?

persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?

Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu

Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?

Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Sumber :

http://mymassa.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate