Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 November 2011

Gempar : Syarikat Air Kelantan AKSB Tenat dan Air Kelantan Beracun ???



Blogger Yuseri Yusuf menyiar artikel dari Kelatekito tentang masalah air di Kelantan. Sebelum ini Panglima telah menyarankan agar dua isu iaitu Tanah dan Air dijadikan peluru utama untuk menyerang kubu lawan yang berusia sudah 21 tahun memerintah Kelantan.


Teringat kisah tentera Mesir menyerang kubu Israel dan mereka gagal meruntuhkannya kerana binaan tersebut sangat kukuh dan hebat teknologi arkiteknya. Namun seorang Syeikh Al Azhar telah bermimpi bertemu Rasulullah saw yang berpesan agar ditembak kubu yang dibuat dari pasir dengan air.


Selepas itu barulah tentera Mesir berjaya menembusi kubu Israel dan menang dalam perang yang dinamakan The 6th  October Victory (1973). Ia ditulis seperti berikut :



On October 6, 1973, the Egyptian Armed Forces mounted a surprise attack against the Israeli army stationed in Sinai and the Golan Heights.
As a result, Egypt regained full sovereignty over the Suez Canal and was able to recover part of Sinai. The October victory led to destroying the myth of Israel's invincible army. Most important, however, is that it paved the way to the Camp David Treaty in September 1978.

Tidak mustahil kubu perosak Islam dari dalam (mubtilin min ahlihi) atau munafiq dalam Islam di KELANTAN akan dimusnahkan tidak lama lagi. Dengan syarat kita melawan dengan pasukan tersusun tanpa membiarkan jarum syaitan merenggangkan saf pasukan - pasukan kalangan kita.


Ikuti isu air Kelantan dan mohon jasa baik anda sebarkannya.





Dari kelatekito.net :
PASIR PUTEH - Exco Air Kelantan, Datuk Mejar (B) Anizam Abdul Rahman tidak senang duduk pada majlis pecah tanah projek naik taraf Loji Wakaf Bunut oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di sini, hari ini. 
Apa tidaknya pelbagi masalah yang dihadapi dalam AKSB sampai duit tidak ada langsung dalam kantong. 
Anizam juga dikatakan mengelak daripada wartawan yang cuba mengasaknya mengenai soalan-soalan yang membabitkan surat layang yang disebarkan baru-baru ini.Hari ini AKSB lancark projek naik taraf Loji Air Wakaf Bunut kepada telaga jejari menelan belanja RM5.7 juta. 
Seperti biasa majlis letak batu asas diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  
Sekadar ingin bertanya apa sudah jadi dengan projek NRW yang membabitkan kos sebanyak RM130 juta. Tidak ada sebarang impak malah masalah air di Kelantan semakin teruk. 
Projek NRW adalah projek untuk membaik pulih sistem air bagi memastikan air yang dirawat tidak hilang ketika disalurkan kepada pengguna akhir di negeri-negeri ini. 
Bagaimana pula dengan kerugian AKSB sebanyak RM11 juta?.  
Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah jelaskan akaun membabitkan AKSB adakah untung atau rugi dan ke manakah kesemua wang tersebut pergi kerana tidak ada sebarang kesan yang dapat dilihat sehingga hari ini.




Video berkaitan isu air di Kelantan :



Dengar juga kupasan tentang rawatan air tidak sempurna yang akan menyebabkan air mempunyai tahap keracunan agak tinggi pada durasi 5.11 video di bawah :


Lihat juga air hitam pekat akibat kegagalan AKSB dan Kerajaan Kelantan menguruskan air bersih kepada rakyat.



Mohon DYMM Sultan Muhammad V dapat mendengar rintihan rakyat agar air yang bersih dapat dinikmati oleh rakyat baginda.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate