- Setengah orang juga perlu membayar duit jika ingin nama mereka popular.
- Tetapi Datin Rosmah nampaknya bertuah mendapat liputan hangat samada dari blog,portal, fb dan twitter.
- Jika tidak dibayar untuk iklankan diri, biasanya mana-mana individu akan diketepi dari list utama media sosial.
- Panglima pula berpendapat, asal je orang tu patut dipuji kita perlu sebut walau tak bergaji atau diganjari.
- Begitu juga sesiapa yang mahu berkawan dengan kita,apa salahnya kita promosi seikhlas hati.
- Hidup jangan ditambah lawan tetapi carilah seramai mungkin kawan.
- Jika kita sedia menerima pujiaan, maka terimalah juga kata-kata keji manusia.
- Blog jika makin hebat makin ramai mahu dekat mendapat khidmat.
- Tetapi ada juga orang guna kuasa pena hentam seseorang untuk dapat wang.
- Perkara ini tidak sihat dan tidak bermoral.
- Ada juga jenis tak pandai menulis cuma pintar mencipta wang mengguna peluh keringat orang.
- Macam macam jenis manusia dan kita tahu semuanya ada agenda.
- Terbaru penyakit manusia bertambah lagi apabila manusia yang bijak ini membuat keuntungan dari program yang dijalankan dengan mengemukakan proposal yang sama kepada pihak atau agensi yang berbeza.
- Cuma satu je perlu ingat, dunia ada hujungnya.
- Jangan fikir anda hebat, mana mungkin anda akan kekal selamanya.
- Bila mati jasad akan menjadi makanan ulat dan ketika itu amalan mulia akan memberi syafaat.
- Jangan mendabik dada meninggi diri, tetapi rendahkan diri serta bersyukurlah atas apa yang kita dapat sekarang ini.
- Jangan ingat rahsia kekal rahsia kerana, Allah boleh bocorkannya sekelip mata di alam maya.
- Kepada Ds Rosmah, bersabarlah atas ujian fitnah. Isteri Nabi juga difitnah berzina dan begitulah juga fitnah berulang kepada isteri Perdana Menteri.
- Kebenaran tetap kebenaran dan jika Allah tidak izin maka ia tidak akan mampu mengancam kedudukan Perdana Menteri.
- Nasihat di atas untuk diri Panglima dan kepada pembaca budiman sekelian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.