Pages

11 November 2011

'Lifetime Warranty' Untuk Kereta Proton

Menurut cerita di sebalik jaminan di atas, suatu hari CEO Proton Syed Zainal Abidin pernah menaiki teksi dari KLIA.

Semasa di tol pemandu teksi tidak menurunkan cermin tingkap kerana takut rosak tanpa mengetahu siapa beliau.

Selepas itu Proton tanpa membuang masa lagi telah memberi jaminan sepanjang hayat kepada semua kereta Proton untuk cermin tingkap.

Panglima sendiri menggunakan kereta Exora yang memang mantap prestasinya walau mendaki bukit yang tinggi di Bukit Tinggi dalam laluan KB-KL..

Selepas setahun alhamdulillah tiada masalah yang timbul. Syaratnya kena ikut jadual servis yang ditetapkan.

Proton sudah banyak berubah dan jutaan tahniah kepada CEO dan staffnya.

Artikel ini ikhlas didedikasikan kepada Proton demi kebenaran fakta bukan auta atau propaganda jahat sesetengah pihak yang mahu merendahkan produk negara kita.

1 ulasan:

  1. Dari dulu lagi saya memang menggunakan kereta Proton walaupun ada rakan-rakan sekerja yang memandang rendah kerana kereta Proton tidak "berkualiti tinggi" dsb. Dari kereta Tiara bertukar ke Wira dan sekarang ber-Persona - saya memang berpuashati dengan prestasi kereta nasional kita. Sekarang ni, saya tengah ter-gian nak pakai Exora...ada orang yang nak sponsor ke? hahaha....

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.