Pagi ini Panglima sempat menghadiri kuliah tentang budaya ilmu dalam konsep 1Malaysia untuk membina negara maju di sebuah lokasi di ibukota.
Disampaikan oleh Dr Farid Mohd Shahran dari Istac, UIA. Beliau anak murid Prof Wan Mohd Noor yang merupakan murid kepada Syed Naquib Al Attas. Tokoh terkenal yang tidak asing lagi kalangan ilmuan Islam dan pejuang alif ba ta.
Google sedia membantu anda untuk mendapatkan info tentang tokoh-tokoh di atas.
Banyak input menarik diperolehi dan ia sememangnya hidangan minda yang lazat untuk menjadi seorang yang sentiasa mengejar ilmu dengan sesiapa sahaja.
Dalam bab mencari ilmu jangan diletak perasaan ego kerana ilmu tidak akan masuk ke dalam hati yang kotor.
Seorang tua menjual nasi tepi jalan boleh jadi menjadi guru kita dalam perkongsiaan ilmu yang kita belum ada.
Pendek kata ilmu adalah rezeki dan dosa boleh menghalang rezeki tersebut dinikmati oleh hati dan rohani.
Imam Syafei sendiri menurut penceramah pernah diberi nasihat gurunya agar mengelakkan diri dari maksiat kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak memasuki hati pelaku maksiat.
Di Barat kini mereka mula menyedari tentang pentingnya agama apabila melihat kesan kemajuan mereka kecapi telah memudaratkan negara mereka sendiri dari aspek kemanusiaan.
Bukti terbaru di China juga kita telah melihat video seorang kanak-kanak telah digilis dan dibiarkan sahaja tanpa diberi pertolongan. 17 orang yang melihat kejadian tersebut tidak menolong mangsa sebelum orang seterusnya membawanya ke hospital.
Malangnya budak tersebut tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia.
Ikuti butiran ceramah yang akan disiar berperingkat secara live kepada anda di FB panglima (muhammad ali) atau add panglimaperangcyber@yahoo.com dalam mukabuku anda.
Marilah bersama-sama kita belajar dan kemudiannya mengajar !
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan