Pages

26 November 2011

Mesti Gelak : Blogger YY Siar Surat Lucu Tentang AUKU !!


Surat Mahasiswa Kepada Prof. Fakulti...
[YY : Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bersetuju untuk membuat pindaan Seksyen 15 AUKU yang mana selepas ini mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dibenarkan menyertai parti politik. Ada yang berpendapat keputusan ini adalah hasil usaha dan perjuangan yang dilakukan oleh mereka. Walhal gesaan supaya Perdana Menteri mengkaji semula AUKU merupakan usaha BN Youth Lab melalui Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. Selain itu MT UMNO Saifuddin Abdullah juga adalah individu paling kuat yang memohon supaya PM kaji semula akta ini. Tapi ramai pula yang mendakwa ini hasil usaha desakan yang dibuat mereka. 

Ibarat "Babi punya lemak, Hidung Babi Dapat Nama".]

Agaknya surat macam ini akan dihantar oleh mahasiswa tak selepas ni? Hahaha.


Prof. Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh


Tuan,


PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI


Saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta pihak tuan memberi pengecualian kepada 2 orang pelajar ini bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya. Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Jadi kami dengan jujur dan ikhlas akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami. berikut adalah senarai pelajar terbabit:

i) Mohd Syahsaf bin Rempit
ii) Ermastura bt Abu

4. Berikut adalah butir aktiviti:

i) Tempat: Dataran Afrika Jaya
ii) masa- 2 petang (kelas pagi tak boleh)
iii) Penganjur- Parti Amat Susah
5. Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini dan sesungguhnya perjuangan parti politik kami ini sangat penting dan murni hasratnya daripada kelas yang sentiasa bosan dan membuatkan pelajar mengantuk.( aduan pelajar sendiri)

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian.

Yang selalu benar ,orang lain semua salah.

amat_121

Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah


Dari : umnobloggerboy.blogspot.com

Blog YY : http://yuseriyusoff.blogspot.com/


Panglima : isu AUKU sangat jelas, dimansuhkan oleh Perdana Menteri selepas mendengar suara rakyat. Banyak perkara merugikan Kerajaan termasuk parti Umno atau BN tetapi diterima demi mendahulukan rakyat.

Dalam hal ini ada perkara yang diperjuang oleh BN/UMNO tetapi digunakan untuk menaikkan saham Pakatan Rakyat seperti isu AUKU. 

Jika bukan kerana rakyat sudah tentu apa sahaja komen waima dari rakyat Pakatan Haram atau BN akan ditolak tanpa didengar oleh Kerajaan.

Sebelum ini banyak lagi perkara dibatalkan oleh Kerajaan selepas mendengar reaksi rakyat seperti ISA dan Akta Kediaman Terhad, bukan sahaja isu AUKU.

Lihat gambar anak Anwar iaitu Nurul Izzah melancarkan Utusan Rakyat yang jelas ingin menandingi kehebatan Utusan Malaysia yang gigih menelanjangkan pembohongan Pakatan Haram mereka. Kalau benci kenapa masih gunakan nama Utusan ???
 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.