Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2011

Orang Besar Media Prima Tolak Gagasan 1Malaysia ?

Menurut maklumat yang disampaikan semalam ada hamba Allah telah berjumpa dengan orang besar di Media Prima.

Membawa proposal untuk projek telefilem 1Malaysia beliau.

Namun dalam perbincangan tersebut orang besar Media Prima yang menguasai Tv dan Radio selain akhbar Berita Harian telah memandang sinis usaha gagasan 1Malaysia.

Katanya : GLC tidak akan sponsor jika diletak nama 1Malaysia.

Perkara ini (jika benar) sangat serius dan tidak seharusnya keluar dari mulut seorang yang berjawatan tinggi dalam Media Prima.

Jika tidak benar, Media Prima Sdn Bhd harus menunjukkan mereka adalah penyokong kuat gagasan 1Malaysia idea asli YAB Perdana Menteri. Baru dapat ditangkis tohmahan sebegini.

1Malaysia bukan agenda politik murahan tetapi ke arah kestabilan negara menjadi negara hebat tanpa membiarkan pergaduhan berleluasa antara agama dan bangsa di negara kita.

Maka tidak patut jika ada rakyat yang  memandang sinis perkara ini dengan memperlekehkannya. Dalam masa yang sama mereka inilah yang menduduki kerusi empuk di syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan.

Selepas menyelongkar alam maya guna Pak Google, Panglima menemui tulisan yang lebih kurang nadanya dengan kisah di atas.

Disiar pada Oktober 2011 di sebuah blog pro Kerajaan.

Tolong baca dan pastikan mesej ini sampai kepada Top Leader di sana.

Artikel ini Wallahi Wabillahi Watallahi TIDAK DIBAYAR OLEH SESIAPA  tetapi demi perjuangan menjayakan GAGASAN 1MALAYSIA idea asal Perdana Menteri kita tanpa disabotaj oleh orang sekeliling yang manis di bibir tetapi tidak jujur menyokong aspirasi nasional PM kita.






Nasihat Untuk Media Strategist



Kita sama-sama ucap tahniah kepada Media Prima yang kononnya membuat perubahan ‘positif’ kepada top leadership di syarikat tersebut. Oklah. Walaupun tak menyeluruh, At least ada changes. Walaupun tak melibatkan kalangan yang lebih wajar – diGANTI; tapi ini semua permulaan yang baik. For a start. Honestly, orang macam Ahmad Talib, Johan Jaafar, Ashraff – semuanya tak membantu pun agenda PM. Sangat kurang. Bodek sahaja yang kuat.


Ini pandangan seorang yang biasa ‘bergaul’ dengan puak-puak ni. Tak ada benda lain. Yang penting, bodek dan terus membodek. Selagi boleh. Asalkan periuk nasi sendiri terjaga. Layan.


Soalnya, siapa sebenarnya benar-benar ‘thinker’ di belakang usaha media PM? Siapa? Sri Pentas? Jalan Riong? Putrajaya? Menara Kembar PETRONAS (OMO)? Bangsar? Jalan Chan Sow Lin? Apartment belakang Intercontinental (Hotel Nikko)? Havana Club, Concorde? Kat mana dan siapa?


Siapapun yang mengaku dia supremo kepada agenda media PM – perlu sedar; mereka tak control semua. Banyak sangat group. Masing-masing dengan tindakan dan pelan masing-masing? Sebab itu, kalau adalah agaknya nasihat kecil kepada kalangan penjawat-penjawat baru dalam Media Prima; perkara berikut mesti diambil perhatian:-


1. Jangan sombong


Tak kiralah baik di NST ataupun di Tv3; cukup-cukuplah dengan sikap sombong dan bongkak. Selalu muhasabah diri. Jangan nak lonjak diri sendiri. Fikir agenda PM. Bukan agenda poket dan kereta apa yang korang drive. Jangan bongkak.


2. Dahulukan Big Boss


Jangan ada boss nombor 2, nombor 3, ketua penasihat kepada boss, chief advisor kepada boss, orang kanan boss – ingat wajah PM kita, Najib Razak sahaja. Dalam masa yang sama, janganlah jual nama big boss pada setiap masa. Big boss suruh ini. Big boss suruh itu. Padahal, ini semua nak memudahkan kerja peribadi. Jangan take side dalam ‘peperangan kasih sayang’ antara OMO dan Khyril Anas. Hati-hati.


3. Ikhlaskan Hati


Jangan buat kerja untuk kepentingan diri. Ikhlas kerja untuk boss. Bukan menjahanamkan. Kalau setakat masuk NST; tugas utama hanya memastikan gambar PM di muka depan SETIAP HARI – ini semua sokong yang membawa rebah. Content bro. Fokus kepada content. NST kalau nak dapat credibility semula; mesti berani jadi suara kebenaran. Bukan ikut cakap dan jadi akhbar bodek. Cukup-cukuplah zaman Johan Jaafar dan Ahmad Talib ni. Semua ini ‘jurassic’ punya media strategist. Rakyat dah bosan. Kalau you all masih pakai strategi sama…alamatnya…melingkup….


4. Wider Engagement!


Jangan korang anggap korang sahaja yang pandai; korang sahaja yang bijak. Ke parit lah juga jawabnya. Engage dengan semua; walaupun dia hanyalah seorang blogger tepi jalan yang tak ada agenda politik. Jangan suka sideline orang ikut kehendak sendiri. Ini tidak. Kalau blogger nak jumpa – sampai bertahun pun masih belum dapat ruang. Masih lagi suka nak main kejar-kejar dengan blogger. Bro…ramai blogger bukan nak duit you. Kita nak kongsi experience. Bukan nak potong jalan you. Ingat tu.


5. Bigger picture


Jangan ambil sikap silo – dan bergerak seorang diri. Dalam politik Malaysia sekarang ni, yang boleh bergerak sendiri dan merangka agenda peribadi hanyalah OMO dan Ahmad Maslan. Dua orang ini sahaja. Yang lain, kena fikir ‘bigger picture’. Kalau masih ada mentaliti Ahmad Maslan – jaga PM sampai kena jaga PUNGGUNG PM – alamatnya….melingkup juga. Oopss…sorang lagi yang boleh gerak sendiri ini…Farid Ridzuan.


Peringkat awal ini, itu sahajalah dulu. Selamat bertugas dan melaksanakan amanah masing-masing. Kalau dalam masa 3 bulan, NST, TV3, Media Prima masih lagi dengan nada dan cara yang sama – maka hujah awal tadi adalah benar dan tepat. Masalah sebenar adalah Johan Jaafar dan Ahmad Talib. Kalau dua-dua ini tak diganti dan dimasukkan dengan new blood; letaklah Rupert Murdoch sekalipun – NST akan jadi macam itu juga. Johan sudah hilang dia punya Midas Touch.


Hati-hati dengan rakan sekeliling. Anda sentiasa diperhatikan.


Berilah feedback yang ‘ikhlas’ kepada PM….bukan hanya fikir korang punya ‘S-Class’.


* tunggu sahaja kemunculan Deepthroat NST, Deepthroat Tv3, Deepthroat Media Prima tak berapa lama lagi….



Jika ada respon boleh email panglimaperangcyber@yahoo.com atau komen di ruang bawah ini.
Terima kasih.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate