Pages

25 November 2011

PBTM dan PVTM Perlu Pertahan Akta Veteran !!!


Sebelum ini sudah diterangkan apakah yang dikehendaki oleh Kerajaan melalui pembentangan Akta Veteran 2011.

Ia disiar dalam Harian Metro dalam portal onlinenya.



JOHOR BAHRU: Penubuhan Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dicadangkan Kementerian Pertahanan sejak tahun lalu kini memasuki fasa akhir persiapan rang undang-undang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, akta itu akan diwujudkan bagi membela nasib pesara ATM yang pernah berkhidmat di jabatan berkenaan.


“Setakat ini, kertas kerja cadangan rang undang-undang itu sudah melalui pelbagai proses termasuk penelitian Pejabat Peguam Negara.


“Memorandum cadangan penubuhan akta itu juga akan disampaikan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat untuk penelitian lebih jelas seterusnya dibentangkan dalam sidang Parlimen bulan depan,” katanya.


Menurut Zulkiflee, mereka juga akan menubuhkan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) iaitu badan tertinggi yang berupaya membincangkan hal ehwal dan isu berkaitan pesara ATM dalam menentukan hala tuju mereka.



“Selain itu, semua kelab dan persatuan pesara tentera akan didaftarkan di bawah JHEV untuk menyelaras segala data mereka.


“Pesara tentera juga menerima manfaat menerusi penambahbaikan dalam hal kebajikan dan perubatan dalam usaha membela nasib mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada veteran ATM Johor di Hotel 11@Century di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JHEV Cawangan negeri Johor, Mejar Khaler Alias.


Sementara itu, Zulkiflee menambah, pihaknya juga berbangga dengan kutipan Hari Pahlawan yang diraikan pada 31 Julai setiap tahun berikutan menunjukkan peningkatan mendadak iaitu RM6 juta berbanding RM880,000 tahun lalu.



“Peningkatan positif itu menunjukkan masyarakat mula sedar kepentingan dan tanggungjawab menyalurkan sumbangan kepada tentera sekali gus menghargai jasa mereka dalam memastikan keamanan negara terjaga,” katanya.





Menurut maklumat yang diterima oleh Panglima. AGM PBTM akan membantah akta tersebut yang akan berlangsung hujung minggu ini di LUMUT.

Penentangan ini membuktikan ada anasir Pakatan Haram dalam PBTM dan PVTM dan seharusnya ahli kedua NGO tersebut menolak Presiden sedia ada yang jelas menentang Akta Veteran.

'Newblood' perlu dimasukkan ke dalam dua NGO bekas askar yang kini sudah lari dari landasannya yang sebenar apabila menentang Akta Veteran yang dibentang oleh Kerajaan demi memastikan kebajikan bekas tentera kita terpelihara.

Politik pihak tertentu yang mengutamakan diri sendiri dari kepentingan negara wajar kita halang bersama.


Kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tentang akta ini perlu dibaca semua pihak :

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang itu bukan bermaksud mahu membatalkan persatuan bekas tentera sedia ada sebaliknya hanya memindahkan kuasa pendaftaran daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada Pendatar Persatuan Bekas Tentera.
"Cuma pindah, soal aset tidak timbul. Apa juga jawatan, kekal...aktiviti terus berjalan. Kalau tak ada duit Majlis Veteran akan bantu. Cuma jangan tubuhkan persatuan-persatuan ini untuk tujuan politik," katanya.
Beliau berkata dana daripada Tabung Rayuan Hari Pahlawan boleh diagihkan kepada mana-mana persatuan yang tidak mempunyai sumber kewangan mengikut jumlah ahli per kapita.Ahmad Zahid berkata tempoh perpindahan pendaftaran daripada ROS kepada Pendatar Persatuan Bekas Tentera akan mengambil masa selama 21 hari.
Beliau berkata pihak-pihak terlibat dengan persatuan bekas tentera tidak perlu khuatir dengan perubahan kuasa pihak yang mendaftarkan persatuan-persatuan tersebut. Tambahnya, kementerian telah mengadakan sesi-sesi dialog sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan maklum balas dan mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung cadangan terbaik sebelum Majlis Veteran dapat ditubuhkan.
Rang Undang-Undang Veteran 2011 bertujuan menubuhkan Majlis Veteran Malaysia yang antara lain bertujuan menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran selain menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia.
Di bawah akta baru itu kelak, akan memberi faedah kepada semua anggota walaupun tempoh perkhidmatan mereka hanya sehari.
Antara faedah di bawah akta itu ialah kenaikan pencen minimum pesara, pencen terbitan isteri, bantuan sara hidup, faedah perubatan, pendidikan, peralatan pesakit, elaun pingat dan bantuan sosio ekonomi. Selain itu, akta itu turut membabitkan penyelarasan pemberian elaun bulanan kepada pesara serta kemudahan skim perubatan. Persidangan dewan disambung pada Rabu. -BERNAMA
sumber : http://mstar.com.my/berita/ 




Seterusnya keratan akhbar ini perlu juga dibaca bersama :



PBTM sembilan negeri sifatkannya mampu bela masa depan, kebajikan bekas tentera secara menyeluruh


PUTRAJAYA: Akta Veteran 2011 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, menerima sokongan padu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dari sembilan negeri, yang menyifatkannya sebagai mampu membela masa depan serta kebajikan bekas tentera secara menyeluruh.

Naib Presiden PBTM Kapten (B) Shahruddin Omar berkata, ia sekali gus menyangkal kenyataan dan pendirian Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mendakwa kononnnya akta berkenaan akan memansuhkan semua persatuan bekas tentera sedia ada selain mengekang kebebasan.

“Dakwaan itu tidak benar kerana semua persatuan bekas tentera yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diberi tempoh tiga bulan untuk mendaftar persatuan masing-masing di bawah Majlis Veteran dan boleh berpersatuan seperti biasa bagi mengetengahkan isu atau masalah selain tidak kehilangan kebebasan bersuara,” katanya kepada sidang dalam media di sini semalam.

Shahruddin berkata, bantahan terburu-buru oleh presiden PBTM itu juga, seolah-olah mewakili pendirian dan pendapat lebih 400,000 bekas tentera juga adalah salah.

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan banyak implikasi kepada persatuan bekas tentera sedangkan mereka memperakui selama ini, kerajaan banyak membantu bekas tentera dan keluarga mereka mengikut peraturan sedia ada.

Akta berkenaan yang di-bentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen 4 Oktober lepas itu, membolehkan semua persatuan yang menjaga kebajikan bekas tentera disatukan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Shahruddin berkata, penggubalan akta itu satu pengiktirafan tinggi kerajaan terhadap sumbangan dan pengorbanan bekas tentera serta anggota keluarga selain dapat memastikan kebajikan mereka lebih terbela.

“Dengan akta baru tersebut kerajaan dapat menyelaras badan khusus bagi memastikan setiap bekas tentera menerima ganjaran sewajarnya, tidak kira di pelosok mana mereka berada, secara lebih terurus dan teratur,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini kebanyakan anggota ten-tera terutama di Sabah dan Sarawak sukar dihubungi PBTM bagi menyampaikan maklumat terkini atau insentif baru yang ditawarkan kerajaan akibat kekangan dari segi sumber dan logistik, sekali gus menyebabkan mereka tidak berpeluang menikmatinya.

“Saya percaya kesemua 400,000 bekas tentera akan menyokong akta itu sekiranya mereka mengetahui manfaatnya apabila ia diluluskan kelak, malah percaya lima lagi PBTM akan turut menyokong jika mendapat penjelasan sebenar,” katanya. — Bernama

Read more: 

http://www.theborneopost.com/2011/10/20/akta-veteran-2011-disokong/#ixzz1ehkA2EbU




Bukan sahaja di Semenanjung, bekas askr Sarawak juga menyambut baik Akta Veteran 2011


Bekas Tentera Sarawak sambut baik Akta Veteran


2011/10/14


KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sarawak menyifatkan Akta Veteran 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu sebagai dasar sosial yang terbaik untuk bekas pejuang kerana undang-undang itu mengutamakan kebajikan mereka.
Ketua penerangannya, Kol (B) Awangku Jamuddin Pengiran Kon, berkata Akta Veteran 2011 mampu meningkatkan taraf hidup bekas tentera yang menjadi rakyat biasa selepas menamatkan perkhidmatan mereka.Beliau menolak dakwaan kononya akta berkenaan akan menghalang kebebasan bersuara anggota PBTM.

Anggota jawatankuasa PBTM Sarawak Kol (B) Fabian Wong pula berharap semua bekas tentera akan menyokong usaha untuk menambah baik kebajikan pesara tentera melalui akta itu dengan mendaftarkan diri sebagai veteran tentera supaya tidak timbul masalah tidak mendapatkan bantuan kebajikan yang sepatutnya.

Beliau juga mencadangkan agar JHEV membuka cawangannya di beberapa bandar di Sarawak seperti Kapit, Sibu, Miri, Limbang dan Betong kerana ramai bekas tentera tinggal di kawasan luar bandar. 

Setakat ini, JHEV di Sarawak hanya mempunyai pejabat di Kuching. - BERNAMA 



sumber : http://www.bharian.com.my/ 




Jadi kenapa masih ada orang nak tentang Akta ini ???



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.