Pages

16 November 2011

Sah ! Wardina Safiyyah Nafi Hasrat Jadi MP

Pertama sekali Panglima ingin memberitahu masa untuk menulis agak suntuk sehari dua kebelakangan ini.

Namun begitu panglima sentiasa memastikan twitter @panglima_cyber dan FB muhammad ali - tetap terus 'menembak' berterusan siang malam ke atas kubu fitnah lawan.

Alhamdulillah dengan izin Allah pasukan pejuang cyber negara terus mara menyerang walau dari kem berbeza demi matlamat yang sama.

Perbalahan sesama kita sememangnya tidak menguntungkan dan janganlah kita memulakan atau menghidupkannya. Jangan kerana habuan dunia merenggangkan hubungan sesama kita.

Kes Wardina saya dapat imej skrin dari blogger Tujuh Lok seperti anda lihat di atas. Menafikan akan menjadi MP Titiwangsa ganti tempat arwah Dr Lo'Lo'.

Meskipun agak terasa dengan kritikannya tetapi iamasih boleh dimaafkan.

Namun jika beliau menipu dan tetap bertanding maka Wardina dengan sendiri merendahkan intelektual dia yang difahami suka perkara keagamaan dan ilmu pengetahuan.

Takkan orang suka agama dan dakwah akan menipu kan?

Peminat Wardina juga tentu akan kecewa jika beliau diperguna untuk menaikkan imej Pakatan Haram yang kian merudum seperti kapal mahu karam.

Kesian masa depan Wardina sebenarnya lebih cerah sebagai selebriti untuk menyatukan rakyat penyokong Umno Pas bukan sebaliknya.

Harap Puan Wardina kekal dengan status sebagai selebriti yang tidak begitu mudah terpengaruh dengan tawaran menjadi calon Pakatan walau dipujuk oleh suami.

2 ulasan:

  1. tak de bagus mana pun. cuma perasan je yang lebih. ye le diakan perasan yang dia sorang je yang pandai jaga laki, pandai jaga anak dan macam-macam perasan yang dia lebih pandai berbanding sume orang yang ada kat planet bumi ni.

    bukankah perasan tu perasaan yang indah?

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.