Berbagai acara menarik dan persembahan mantap turut dipersembahkan oleh anak anak tadika kita.
Paling menarik tarian koboi, selain nasyid lagu Maher Zain versi Melayu. Lagu P.Ramlee 'aci-aci buka pintu' juga menjadi antara lagu pilihan guru tadika Genius Aero Kid dan Angkasa Pintar yang menganjurkan serentak program untuk anak murid mereka.121 pelajar menerima sijil dan hadiah selain cabutan bertuah kepada ibubapa yang bernasib baik..
Rupanya TUDM juga mempunyai padang golf yang cantik dan murah berbanding tempat lain di ibukota. Sebelum ini pernah dengar ramai pemain golf berbakat dari kalangan tentera seperti Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir.
Barangkali latihan membina fokus menjadikan tentera mempunyai tumpuan yang baik ketika bermain golf.Dulu golf sukan untuk orang kaya tetapi kini orang sudah mampu memiliki peralatan golf yang sesuai dan menjadi ahli kelab golf yang ada di negara kita.
Itu sahaja kisah hidup Panglima hari ini.
Satu lagi sebelum beredar, ingin beritahu anda bahawa fitnah NFC amat dahsyat kesannya dan bayangkan ada bapa yang ditemui semasa program tadi sudah termakan fitnah tersebut walaupun bekerja sebagai penjawat awam.
Pengerusi NFC khasnya yang juga suami Shahrizat Abd Jalil menjadi mangsa fitnah jahat Rafizi Ramli ini. Walaupun tiga anaknya dipanggil pulang dari luar negara untuk menjaga projek tersebut yang bertujuan menjaga keselamatan makanan kita khasnya umat Islam di Malaysia. Ini semua hasil semangat kebangsaan beliau yang tinggi untuk mencurah tenaga untuk negara dan Islam khasnya.
Bayangkan jika kita tidak perlu lagi mengimport lembu yang diragui kualiti dan statusnya, sudah tentu projek ini sangat bagus untuk menjadi alternatif kepada umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia juga amnya. Adakah PAS tidak sedar projek ini sangat penting kepada umat Islam ?
Baca lebih lanjut di Berita Harian mukasurat 31 rencana bertajuk ' Projek NFC mangsa fitnah tidak bertanggungjawab'
Siapa mempercaya fitnah dan menyebarkan fitnah maka tunggulah azab Allah atas penderitaan keluarga Menteri Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil yang dimalukan oleh fitnah jahat pakatan haram melalui Rafizi Ramli.
Jangan lupa orang tua memberitahu - kerana mulut badan binasa.
Perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat, jahat juga balasannya!
Petang ini Malaysia menentang Myanmar untuk pingat emas Sukan Sea Di Indonesia. Perlawanan hampir bermula live di TV1. Semoga Harimau Malaya akan terus membaham lawannya petang ini.
>sharp shooter...lu dont xpected yg tentera bina fokus dgn main golf....kelab tu hanya utk askar yg VIP jer..dn member2 vip askar yg awam yg ble kua masuk main golf...entah spy singapore ke mana diorang tau....askar yg pangkat bawah ni jgn harap nak main...nak brada dkawasan golf n lobi golf tanpa bersurat pn adalah 1 ksalahan...harap lu faham..jgn trsalah faham lg k....
BalasPadamOh ye ke? Tq atas info.nanti kita cdgkan askar biasa pun boleh main juga ye.
BalasPadamTq