Meskipun pada awalnya kami terpaksa berpindah tempat dari dalam bilik berhampiran dewan atas arahan urusetia, namun kami bloggers sempat juga menemuramah beliau di tempat lain.
Sebelum itu Panglima berkebetulan bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Razali Ibrahim seperti artikel sebelumnya.
Dalam pertemuan tadi KJ selaku Ketua Pemuda menyambut baik ucapan Presiden yang meminta UMNO menyesuaikan diri dengan persekitaran politik semasa tanpa mengorbankan hak hak orang Melayu yang sedia ada dalam Perlembagaan.
Pemuda juga menyokong transformasi politik yg terbuka sekarang ini.
Turut disokong tindakan mansuh ISA
Ucapan dasar Presiden : media baru sebagai senjata baru utk mendekati pemuda juga disokong Pemuda.
Selain itu, Idea terbaik akan diangkat turut disebut oleh Presiden juga cukup baik di mana ia tidak terhalang oleh sebarang protokol.
Ia juga bukti keterbukaan parti.
Konsep 'orang umno' bukan ahli umno juga cukup disokong kerana ahli dan orang Umno perkara yang berbeza.
Panglima juga mendengar info ada kalangan ahli Pas mendaftar sebagai ahli UMNO - wallahu a'lam
Berikut beberapa soalan yang sempat ditanya bloggers kepada KJ :
Soalan : tentang penghargaan Pemuda kpd media baru krn ada yg tdk menghargai pejuang siber
Jawapan : Pemuda telah tubuh unit media baru diketuai Tun Faisal dan menghargai kewujudan cybertroopers yang juga sama dengan aktivis parti yang lain walau medan berbeza.
KJ meminta agar cybertroopers UMNO perlu bertempur dengan cybertrooper pembangkang bukan bertahan semata-mata.
Soalan : Penubuhan Bank Isu oleh pembangkang
Langkah akan dibuat untuk membina bank isu dengan kerjasama Penerangan UMNO.
Soalan : penghargaan kepada semua jentera parti yang bekerja keras
Pemuda mengucapkan terima kasih kepada semua yang bekerja keras membantu parti.
Soalan : isu AUKU di mana pembangkang keluar dewan
Jika pembangkang mewakili rakyat sudah tentu mereka turut bersama di dalam dewan. Ini bermakna pembangkang tidak berjuang sampai ke penghujungnya. Jelas pembangkang tidak ada kesungguhan.
Parti keluar dewan : gelaran sesuai kepada pembangkang menurut Saudara Khairy Jamaluddin..
Sidang tamat 7.15 pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.