Pages

09 Disember 2011

Ayam Sabung Terpijak Paku - Tulis Sin Chee Bidas NgaKorMing


Written by Que Chow Sing Chii 
Thursday, 08 December 2011 22:51



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)

Tajuk:

“Ayam Sabung Terpijak Paku”

Ditulis oleh: Yun Li Yin (nama samaran bermaksud helang dalam tompokan awan)

DAP ada dua orang bermulut lantang, yang pertama Teng Chang Khim, yang kedua Nga Kor Ming, mereka berdua ada persamaannya, mereka berdua itu semuanya peguam, bagi mereka tiada sebarang masalah bijak berbicara, mereka semuanya dilahirkan dari (kilang) pemuda DAP.

Tetapi setelah dihakis masa sejak sekian lama, semakin hari semakin kelihatan watak kedua-dua manusia ini agak ada perbezaannya. Dimana Teng Chang Khim suka mengumpat dan mengejek, tidak kira sama ada ejekkan itu dihalakan keluar ataupun dihalakan ke dalam parti, biasanya boleh menusuk hingga ke kalbu kita, boleh diumpama pandai menyimpan jarum dalam lipatan kain; Nga Kor Ming juga seperti ayam sabung, kuku dan mulut yang tajam, selalu belasah musuhnya sehingga berdarah seluruh anggota badan, sebaliknya diri sendiri juga banyak luka-luka.


Yang jauh kita tidak perlu sebut, baru -baru ini Nga Kor Ming umpama tercucuk paku di kakinya, beliau sangkakan tapak kasut beliau begitu keras, cuba memijak orang lain tanpa ihsan, rupa-rupanya terpijak sebatang paku, yang pertama semasa beliau bertelagah dengan Hee Yit Foong, beliau tidak dapat menahan perasaan sebaliknya melangkah keluar tinggalkan tempat.


Dendam ‘rampasan’ kuasa kerajaan negeri masih menebal di hatinya, sentiasa mahu balas dendam, sebenarnya Nga Kor Ming mahu marahkan Hee Yit Foong, kenapa tidak marah secara senyap, masalahnya sekarang ini, mengeluarkan kata-kata seperti “pelacur politik” dan “katak”, ia terlalu merendahkan martabat diri sendiri, seperti kelakuan kanak-kanak kecil, seperti kelakuan yang tidak bermaruah. pada masa itu Hee Yit Foong menangis sebaliknya bukankah pada masa itu martabat Nga Kor Ming juga menjunam jatuh?

Jika beliau mengikut landasan yang betul iaitu dengan membuka pekung mana-mana penyelewengan dalam politik, supaya Hee Yit Foong rasa serba salah, bukan kah itu satu langkah terbaik!

Mengumpat Zambry Menteri Besar Perak menggunakan perkataan ‘Black Matelic’, itu sepatutnya tidak boleh berlaku dan tidak boleh disebut. Jika pihak penentang punyai ilmu luas dalam politik, mereka akan pergunakan pantang larang isu dalam perkauman, yang selalu digunakan itu, walaupun mendakwa beliau tidak berniat untuk mengejek kaum lain, isu itu akan diperbesarkan dan dipergunakan oleh pihak musuh. Nga Kor Ming tidak tahu bahawa menggunakan perkataan hitam untuk umpamakan seseorang itu boleh berlaku sesuatu risiko yang tinggi di belakang hari?

Tidak kira apa cara sekalipun beliau cuba menafikan dan menggunakan perkataan-perkataan khas dalam “politik”, tetap tidak akan dapat hapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap beliau dengan cara beliau menyumpah seranah orang lain, semakin beliau mahu perjelaskan isu itu, ia tetap semakin kusut.

Mungkin apa yang berlaku kepada Hee Yit Foong itu boleh dimaafkan, tetapi secara khas mengutuk peribadi Zamry Menteri Besar Perak umpama Nga Kor Ming seperti sudah lupa diri, beliau perlu tahu selepas Zamry pegang jawatan itu, prestasi Zamry agak cemerlang, selalunya Zamry memperlihatkan dirinya stabil dan berdiam diri, buat masa ini beliau juga tidak menunjukkan reaksi melawan Nga Kor Ming, menunjukkan Zamry lebih bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan orang lain, apabila Nga Kor Ming menyerang Zamry, ia hanya memperlihatkan bahawa Nga Kor Ming sendiri bersifat keanak-anakan, menyebabkan orang rasa marah terhadap Nga Kor Ming.

Jika Nga Kor Ming punyai fikiran yang waras dan luas, sebagai seorang ahli politik itu perlu lihat secara luas dan jauh, sudah tentu tidak berlaku pertengkaran mulut yang teruk itu. Sekarang ini bukan lagi di zaman komunis dan bukan caranya menggunakan perdebatan untuk menyerang pihak lawan supaya kemenangan memihak kepada kita lagi. Bila pula masanya untuk kita sekolahkan semula Teng Chang Khim?

- terjemahan: AH/ STA/ Q -




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.