Pages

18 Disember 2011

Buku Terbaru DS @NajibRazak : Menjuarai Transformasi - Dwi Bahasa Dan Pertama Seumpamanya Di Malaysia!

Antara hadiah yang diberikan kepada peserta malam Jubli Emas PENA  Jumaat lepas ialah buku terbaru PM bertajuk " Menjuarai Transformasi " yang dilancar pada Persidangan UMNO yang lalu.

Menariknya ia di-dwibahasa-kan seperti gambar di atas.

Buku ini adalah buku pertama yang diterbitkan secara ( eco-printing ) yang menggunakan bahan semulajadi dan mendapat Sirim OAS International Eco-Labelling Scheme.

Baca juga tiga buku Perdana Menteri sebelum ini bertajuk ' Menakhoda Zaman : menyingkir kelemahan, menyahut cabaran, menggerak perubahan, membina masa depan.

Manakala buku kedua : Jawapan Najib : Merungkai Persoalan Semalam, Konflik Hari Ini dan Cabaran Masa Depan

Selain buku ketiga iaitu " Perkhidmtan Awam : Menerajui Perubahan, Melangkaui Jangkaan. "

Dalam buku 'Menjuarai Transformasi' mukasurat 80 YAB Perdana Menteri menerangkan dengan terperinci hingga tiga mukasurat kenapa Akta Kediaman Terhad 1933 dimansuhkan.

Terbukti usaha gigih Perdana Menteri di dalam mendekati dan memahamkan mereka perjuangan beliau termasuk melalui kaedah konvsional seperti buku, selepas mencuba media baru - satu bukti kesungguhan beliau mendahulukan rakyat demi mengutamakan pencapaian..

Apakah ada pemimpin lebih baik dari Dato' Sri Najib ?

Bagi Panglima biarkan beliau memimpin kita paling kurang dua penggal atau empat penggal paling maksima!

Pemimpin hebat memang dizahirkan Allah pada ketika yang sungguh sukar seperti Dato' Sri Najib Razak.

Alhamdulillah dan moga Allah srntiasa mentakyid (membantu) PM kita setiap masa.

2 ulasan:

  1. Sekarang ni Malaysia sdg heboh dgn kisah seorang pelajar di UK yg mentransformasikan dirinya drpd lelaki kpd gay dan berkahwin dgn mat salih lelaki...Ini bukti Melayu boleh dan transformasi boleh??

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.