Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan mengenai dakwaan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mengenai pertemuan beliau bersama tiga individu yang mempunyai kaitan dengan Umno.
Mustafa pada Khamis mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan Umno yang merujuk kepada satu pertemuan dengan individu-individu terbabit di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu.
Dr Hasan bagaimanapun berkata: “Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan pada masa dan tempat yang dinyatakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.
Hasan yang juga merupakan Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tiga individu yang temuinya.
“Saya tidak dapat menjelaskan sebab saya berasa mereka juga tidak selesa untuk dijelaskan. Cukup saya menafikan sekeras-kerasnya.“Tiada pertemuan dengan mana-mana orang Umno dan tiada langsung berkaitan dengan Pas dan Umno,” katanya.
Hasan berkata, Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama muslim.Menurut beliau, Mustafa sebagai setiausaha agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang berwibawa.
“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali antara setiausaha agung dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.
“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin Umno yang sehingga kini setakat yang saya maklum belum dapat diadakan,” katanya lagi.
Dr Hasan meminta pemimpin tertingi parti untuk membuat siasatan secara terperinci berhubung perkara tersebut termasuk dakwaan pertemuan beliau dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Umno.
Dalam pada itu, Hasan mempersoalkan tindakan Mustafa sambil meminta pengesahan daripada setiausaha agung parti berhubung dakwaan berkenaan.
“Sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas? Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugas merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,”
http://musramrakunman.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.