Pages

13 Disember 2011

Harakah Patut Digelar Haramjadah Hasut Rakyat Tolak BR1M Samakan Dengan Rasuah

Baca berita Harakah di bawah terlebih dahulu sebelum membaca pandangan Panglima mengenainya.

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Rakyat dinasihatkan agar sedar bahawa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah sogokan dan umpan Umno BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, bantuan sebanyak RM500 secara one off itu hanya bersifat sementara, sebaliknya rakyat akan terus menanggung beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup selagi menyokong Umno BN.

"Jangan rakyat untung sehari, tapi rugi lima tahun kerana berada di bawah pemerintahan Umno BN.

"Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogok yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi.

"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melancarkan BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor.

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak itu diperoleh daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak memohon itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kumpulan sasaran terdiri mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah dengan ramai tanggungan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan anggota keluarga berdaftar di bawah program eKasih.

Sementara itu, menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan.

"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.

"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya.

Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.

"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya.

Harakahdaily.net


Jika Pakatan tidak mahu bantu rakyat sekalipun janganlah bantuan kepada rakyat dikritik dan disamakan dengan rasuah.

Pemberian Kerajaan kepada rakyat perlu disokong pembangkang bukan sebaliknya.

Takut rakyat yang dapat bantuan marah dan menggelar pembangkang sebagai pembangang. Kan susah.

Teringat pula sikap munafik zaman Rasulullah saw yang selalu cerita perkara buruk tentang Nabi termasuk menganggap Nabi tidak adil !

Seperti perbuatan yang sama dibuat oleh PAS !

Lagi satu adakah banyak masjid dibina Rasulullah yang juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia menyalahi sunnah?

Kenapa qias masjid dhirar dibuat walhal sangat jelas ia dibuat oleh puak munafiq untuk memecahbelah masyarakat seperti yang dibuat PAS dengan melakukan solat jemaah di markas mereka.

Sanggupkah PAS bakar markas mereka jika baru sedar ia sama masjid dhirar?

Cuba periksa kembali perbuatan PAS lah yang telah memecahbelah masyarakat. Menganggap imam sokong Kerajaan tidak sah solat, sembelihan tidak boleh dimakan dan sebagainya.

Bukan UMNO tetapi perbuatan PAS sebenarnya yang meniru perbuatan khawarij aka munafiq zaman Nabi !

PAS nampaknya makin haramjadah (pinjam perkataan Nga Kor Ming kepada MB Zambry) dengan memutarbelit fakta sirah nabawiyyah untuk politik haram mereka.

PAS patut dikuburkan rakyat selepas gagal mempertahan negara Islam dan juga menghasut rakyat menolak bantuan Kerajaan seperti yang anda dapat baca di atas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 ulasan:

  1. Setuju sangat dgn hujah mantop PPC, di kampung saya di Baling, Kedah, Puak-2 PAS telah mendirikan sebuah surau dhirar hanya 100 meter dari masjid, maka setiap ada kunjungan pemimpin mereka, maka surau tersebut menjadi tempat untuk diimarahkan, bukan masjid, sembahyang lima waktu yang ada hanya beberapa kerat, itupun nampak macam terpaksa demi politik jahat mereka. Jadi, siapa yang mengikut jejak puak munafik zaman nabi?

    BalasPadam
  2. SALAM, DEPA DAH SENGAL BADAN LER TU TENGOK SAMBUTAN MELETUPPP, DS NAJIB KOTAKAN APA YG DIBENTANG DALAM BAJET YANG DILULUSKAN OLEH PARLIMEN, ITU BUKAN RASUAH ATAU SOGOKAN...SURUH DIA PERGI MASUK TADIKA BALIK BELAJAR.

    BalasPadam
  3. Komen komen dari blogger haram jadah. Langsung tidak mendatangkan faedah

    BalasPadam
  4. Aikk?? tanpa nama? marah ke?, memang patut marah pun, dah kena atas batang hidung ko. Tapi yang lebih penting ialah ko patut ambil iktibar dan paham betul2, siapa PAS yang sebenar, siapa pemimpin mereka dan betulkah manhaj yg mereka bawa. Adakah begitu cara perjuangan para sahabat? adakah begitu yang dikehendaki Rasullulah? Telah banyak alim ulamak dulu yang musnah dek kerana samaada mereka taksub atau pengikut mereka yg taksub kpd mereka, fikirkanlah.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.