Pages

01 Disember 2011

Live : Ucapan Presiden UMNO DS @NajibRazak Pagi Ini Di PWTC Oleh UMB

Jam 10 pagi Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak memberikan ucapan kepada perwakilan.

Dalam awal ucapan Presiden merakamkan ucapan penghargaan kepada mantan Presiden UMNO yang masih hidup dan juga yang telah mati.

Presiden juga menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang rasis seperti yang didakwa pembangkang.

Juga Presiden sempat menyentuh tentang konsep kebajikan yang telah lama dipraktikkan oleh Kerajaan yang baru diwar-warkan Pakatan.

Di atas intipati ucapan Presiden oleh Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO @tunfaisal yang disalin dari skrin tweets beliau.

Selain itu antara lain ucapan Presiden yang dipetik dari twitter @razlanrafii yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMN0 seperti berikut :

-Negara kita tersejarah berjaya dalam pembangunan dan ini bukan datang dengan sendiri, ianya dari Parti UMNO

-Bilamana dikata tentang parti, kita sbg ahli UMNO, sebaliknya kita kene jadi Org UMNO,Org UMNO Taat dan Setia pada parti

-Org UMNO kena jadi mcm Khalid al walid yg sanggup turun menjadi sodadu walau sedang di puncak kuasa, taat Setialah

-Jangan tikam dari belakang, jangan main belakang, telunjuk lurus, kelingking berkait

-Orang UMNO wajib mempertahan parti selagi hayat dikandung badan

-Orang UMNO sewajibnya semangat tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai,kena ada satu cinta,tidak berbelah bagi

-Orang UMNO iklhas,khidmat utk rakyat, rakyat sentiasa rasa dan menadili, org UMNO perlu muhasabah, berusaha tanpa jemu

-UMNO lah juara kuburkan Malayan Union, menyelamatkan Raja2 Melayu dan kesucian agama islam

-Terbukti dari dulu, UMNO bukan pertubuhan Rasis, kita pencetus tolak ansur dan membawa kemakmuran Nasional

-UMNO mengecam semua pihak yg perlekehkan pejuang kemerdekaan, jangan ubah sejarah

-Sudah 60 tahun baru mereka(pembangkang) pikir kebajikan rakyat, (dewan beri tepukan!!)

-UMNO senantiasa mengitiraf orang muda, sbg bukti umno yg pertama mempunyai sayap orang muda

-Pemimpin UMNO kena kuasai MediaBaru demi survival Parti

Ucapan Presiden memakan masa sejam setengah selesai jam 11.30 dengan jeritan Hidup UMNO tiga kali yang disambut oleh perwakilan dengan sepenuh hati !

Menyusul selepas ini teks penuh ucapan Presiden.

1 ulasan:

  1. GAMBAR-GAMBAR LIPUTAN PENUH PAU 2011 DI
    http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.