Pages

07 Disember 2011

Mesti Baca : Dana RM 2.6 Bilion Untuk 5.2 Juta Rakyat Oleh DS @NajibRazak !

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
______________________________________

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II DATO' SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT
1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off,
sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan
RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos
sara hidup rakyat.
2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama
ibu bapa;
 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai
tanggungan; dan
 Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai
RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk
tempoh satu bulan.
Borang-borang pendaftaran boleh didapati
secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan
Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan
hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan
Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta
pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah
yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6
bilion.
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Pelaksanaan_RM500.pdf

Panglima ucap alhamdulillah dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri atas bantuan yang sangat besar ertinya kepada kita ini.
Semoga Malaysia Makin Maju Bila Pendapatan Negara Diberi Kepada Yang Memerlukannya.
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Itulah 1Malaysia.
Kita tunggu tengok penyokong Pakatan tentu tidak malu mendapatkan borang juga minta bantuan walau tidak pandai mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan.
Harapnya mereka akan sedar dan mula kembali menyokong Kerajaan dan tidak menggigit tangan yang memberi mereka nikmat dan bantuan.
Bersatulah demi kemakmuran dan kemajuan anak cucu kita masa hadapan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.