Pages

05 Disember 2011

Syeikh Iraq Keturunan Wali Allah Tetamu VIP Ku Nan


Kemas kini 7 Ogos 2017 : artikel ini ditulis ketika kes penipuan beliau belum terbongkar. Sila abaikan artikel di bawah kerana ia ditulis ketika penulis belum mendapat pengesahan dari penipuan dan penyamaran beliau. Mohon tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak kerana beliau selalu menggunakan gambar dengan VVIP untuk memperdayakan mangsanya. Sila rujuk artikel terbaru panglima hari ini untuk info terbaru beliau. Terima kasih...









Namanya Syeikh Taha Al Qadri keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani antara tetamu yang hadir di Persidangan Agung UMNO sebagai tetamu VIP.




Pengalaman berada di Mesir memudahkan Panglima menemubual tuan syeikh tersebut. Dan kesempatan tidak diduga ini panglima ingin kongsi dengan rakyat agar mereka tahu bahawa golongan ulama haqiqi penasihat utama VIP negara kita seperti Ku Nan.

Beliau memberitahu berasal dari Iraq dan dari keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani yang merupakan Qutub Sufi yang hebat selain tiga Qutub lagi iaitu Syeikh Ahmad Rifaie, Syeikh Ahmad Badawi dan Syeikh Ibrahim Dusuqy yang merupakan ketua bagi qutub tersebut.

Qutub ialah pemimpin.

Menurut pengiring sekaligus penterjemah yang ditanya panglima memberitahu tuan syeikh ialah guru kepada Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) Setiausaha Agung UMNO...

Rupa-rupanya ramai tidak tahu pemimpin kita mempunyai tuan guru mereka. Namun amat malang jika bukan tuan guru yang dicari tetapi tok bomoh yang dijadikan pusat rujukan peribadi.

Sebelum ini pernah seorang tuan guru besar dari Mekah menasihatkan bekas isteri Abuya Ashaari, Khatijah Am agar menyertai UMNO. Bukti UMNO bukan parti membawa kekafiran seperti tohmahan setengah pihak.

Namun sehingga kini tersebut tidak dituruti pada pengetahuan panglima.

1 ulasan:

  1. hebat betul ku nan... bergurukan tok wali... tapi takkan anak murid tok wali iraq tu berkelakuan macam kaki buli saja...? kaki buli politik = politik wang/ konspirator / diktator/ ...

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.