Akhir-akhir ini ramai twitterian mengikut twitter Panglima. Samada dalam atau luar negara.
Terbaru Marcos Anguita seperti skrin di atas yang bukan calang orang kerana telah mempunyai 55,487 follower. Dulu sempat mengucapkan terima kasih kepada follower baru tetapi kesuntukan masa membataskan ia berlaku.
Semasa kecoh isu LGBT ramai kalangan penyokong LGBT telah mengikut twitter Panglima. Maknanya mereka mempunyai organisasi tersusun untuk mengikut sesiapa sahaja yang cuba mengancam kumpulan mereka.
Cuma bila ramai follower luar negara follow twitter yang baru beberapa ribu follower, terfikir juga kenapa mereka follow twitter Panglima.
Adakah untuk mengkaji atau untuk mendapatkan artikel terbaru rakan bloggers kita yang sememangnya diautomatikkan keluar di twitter Panglima apabila tiba masanya.
Dalam hal ini sekalung ucapan terima kasih kepada sifu iaitu Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal atas tunjuk ajar beliau tentang ilmu media baru antaranya bagaimana membolehkan artikel blog keluar di twitter secara automatik. Selain rakan rakan blogger di UMB seperti Rio dan YY.
Begitu juga rakan UMB lain seperti Razman Hakimi dan Jeff yang menjadi antara rujukan Panglima untuk masalah yang timbul terutama berkaitan Blackberry.
Jasa baik ini perlu diberitahu agar berkat ilmu. Jika kita bersyukur tentu Allah akan tambahkan ilmu. Ilmu yang ada juga perlu diajar kerana ia akan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada.
Jangan kita lupa siapa mengajar ilmu walau ilmu IT dan 'menikamnya' kembali kerana suatu hari perbuatan tersebut akan di balas Allah di dunia lagi.
Sekian, untuk artikel pertama versi kuliah pagi Jumaat hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.