PAS sudah hampir karam angkara politik dalaman yang ingin memusnahkan parti Islam Melayu ini selepas berjaya menjahanamkan imej parti keramat bangsa kita iaitu UMNO. Angkara parasit yang hidup hasil ehsan politik PKR dengan andaian mereka diangkat lebih tinggi jika Pakatan berkuasa kelak.
Kehadiran Ust Zakarian Ahmad menunjukkan betapa ahli PAS kecewa dengan sikap PAS hari ini. Mereka lebih percaya kepada tokoh yang sudah 15 tahun berjuang dalam parti berbanding Khalid Samad yang banyak membina hubungan dengan Kristian dengan berceramah di Gereja demi mengejar undi atas nama Pakatan Rakyat.
Panglima yakin meskipun agak lambat namun ahli PAS masih belum terlambat untuk mendesak agar perpaduan umat Islam disegerakan walau tidak melibatkan parti politik. Mereka boleh menghukum PAS dengan mengambil keputusan keluar parti beramai-ramai.
Adakah petanda keruntuhan menjadi punca Hj Hadi tawar diri untuk berehat di saat Nik Aziz masih lagi ghairah mengejar jawatan sebagai wakil rakyat belum mengesahkan apa-apa kecuali hasratnya terus bertanding dalam pilihanraya akan datang.
Gambar lagi banyak boleh dilihat di blog Pejuang Bangsa di sini http://sejarahmelayu.blogspot.com/
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.