Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.
Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.
Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.
Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.
Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.
IMR penyelamat rakyat.
Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.