Tajuk : Berbahaya...
ADA pihak dan individu pernah memberikan pandangan agar media jangan banyak menyiarkan laporan tentang Anwar Ibrahim walaupun bertujuan untuk menyanggahnya. Menurut mereka, Anwar akan ‘hidup’ dan merasakan menjadi perhatian utama jika kisahnya banyak dimuatkan menerusi media.
Dari satu segi Awang setuju tetapi dari segi yang lain, Awang berbeza pandangan. Prinsip Awang, kemungkaran yang ketara dan keterlaluan tidak boleh dibiarkan. Ini meliputi pembohongan yang berulang kali.
Di negara Barat dan negara serantau seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, pembohongan mana-mana pemimpin akan didedahkan bagi menegakkan kebenaran. Itu belum bercakap tentang negara Barat mahupun kebebasan di India.
Kalau di negara lain, pemimpin yang berbohong berulang kali, tidak akan terlepas tetapi di Malaysia, ada pemimpin boleh tebal muka menafikannya begitu sahaja. Anwar menghadapi isu integriti yang serius selain isu moral yang dahsyat. Kisah Ketua Pembangkang di Malaysia cukup ‘hebat’, tidak seperti Ketua Pembangkang negara lain. Paling ketara, isu video seks melibatkan pelacur asing yang beliau didapati tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Dari soal kehilangan jam, interaksi Twitter, dakwaan tidak mengenali Shazryl Eskay Abdullah hinggalah kepada adegan seks.
Makin ramai orang yang melihat video itu yakin, pelakunya adalah Anwar. Ini meliputi sahabat dan pengikut setianya. Minggu lepas, Osman Ishak membuat pengakuan beliau mengambil keputusan menolak perjuangan PKR selepas menonton video seks itu. Osman sangat yakin, orang dalam video itu adalah Anwar.
Tetapi Anwar sehingga saat ini masih menjaja dalam siri-siri ceramah bahawa beliau di pihak yang benar dan menjadi mangsa fitnah sama ada dalam kes liwat mahupun rakaman video seks. Awang kasihan, sebahagian yang hadir mendengar ceramah beliau terpedaya dengan lakonannya. Bagi puluhan sahabat dan bekas pemimpin PKR yang telah meninggalkan Anwar, mereka faham sangat betapa pemimpin PKR itu sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri dan mencapai impian menjadi Perdana Menteri.
Terbaru, Anwar secara terbuka menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel, sesuatu yang bercanggah dengan pendirian umat dan kebanyakan negara Islam. Beliau menyatakan perkara itu dalam temu bual bersama akhbar The Wall Street Journal yang disiarkan dalam edisi 27-29 Januari.
Takkan hal seperti itu mahu didiamkan oleh media. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr. Chandra Muzaffar, tindak-tanduk Anwar dalam konteks hubungan luar negara, adalah berbahaya kepada negara. Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dalam reaksinya menempelak mana-mana usaha untuk menyokong Israel. Beliau tidak menyebut nama tetapi kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Anwar. Awang melihat ia sekadar pandangan peribadi Nasruddin, yang tidak punya kekuatan. Ini kerana Pas tidak akan berani mengeluarkan pendirian rasmi kerana golongan Anwarinas, (yang sebahagiannya mempunyai kepentingan tertentu termasuk bisnes) sudah menguasai parti tersebut. Selain itu, janggut Presidennya, Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mudah ditarik. Apakah mereka juga sudah dibeli sehingga tidak boleh membezakan antara kemungkaran dan perjuangan Islam?
Oleh : Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat
http://www.utusan.com.my/
Panglima : elok juga dihentikan berita tentang Anwar. Kita tengok blog pun banyak ulas isu Anwar sehingga tercicir berita tentang Perdana Menteri kita.
Menyentuh isu yang dicipta oleh Anwar menyebabkan kita banyak buang masa. Apa kata kita pendamkan berita tentang Anwar agar rakyat tidak lagi menyibukkan diri mengikuti kisah yang jelas tidak lagi berguna untuk masa depan negara kita.
Mematikan berita tentang Anwar sudah tentu langkah terbaik untuk mengelakkan beliau terus popular. Rakyat perlu belajar hidup tanpa cerita positif atau negatif beliau.
Mari kita war-warkan lebih banyak cerita kejayaan Barisan Nasional menguruskan negara dari cerita bertaraf sampah dan luar tabie.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.