Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda sekelian.
Selepas sesi dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Seri Pacific Hotel sebentar tadi Panglima telah mengambil masa untuk membaca akhbar yang dibeli rakan sementara mahu melelapkan mata.
Mata sudah mengantuk selepas kepenatan siang tadi walaupun diuji dugaan sakit kepala. Namun keseronokan mengikuti sesi ceramah yang turut melibatkan Menteri Jamil Khir yang hebat berkata-kata hingga memukau seluruh manusia selain Ketua Pengarah seperti BTN JASA IKIM menghilangkan kesakitan tersebut.
Semasa membelek akhbar Harian Metro muka depan Panglima terpandang bagaimana kesannya kerana marah dua kejadian tragis berlaku. Rumah dibakar hingga musnah dan seorang wanita ditetak hingga mati oleh bekas suaminya sendiri.
Bayangkan seorang wanita yang lemah ditetak di kepala, lengan dan badan hingga mati!
Bayangkan bagaimana anak wanita juga ditetak sehingga kritikal.
Tidak cukup dengan itu pagar rumah bekas isterinya dirempuh sebelum kereta bekas isterinya dibakar.
Teruk kemusnahan bila amarah dilayan.
Rupanya bukan sahaja mangsa cedera,
Si penyerang juga cederan di badannya walaupun berjaya memusnahkan harta dan membunuh bekas isteri dan mencederakan anaknya.
Sudah pasti tindakan begitu kejam ini tidak akan dimaafkan dan pasti menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan.
Moralnya : jangan ikut nafsu.
kata orang tua kita : Ikut hati mati ikut rasa binasa.
Kita perlu bijak menangani masalah marah.
Jangan tunjuk kebodohan diri apabila marah dengan melakukan perkara yang bodoh. Kecuali gelaran bodoh itu pilihan kita.
Orang bijak tidak mudah terperangkap mainan bodoh marah tersebut dan mampu mengelak diri darinya.
kita berjuang demi agama bangsa negara juga perlu bijaksana bukan disertai kemarahan yang luar batasan.
Bukankah marah itu dari syaitan? Bukankah kelembutan boleh memusnahkan kekerasan ?
Sesiapa yang cuba gugat keamanan negara Malaysia jangan fikir mereka akan aman damai dengan propaganda murahan mereka.
Kadang kala dalam berjuang ramai antara kita mudah terlupa ada juga musuh berada dalam selimut yang lebih bahaya dari musuh yang nyata. Sehingga jihad melawan musuh dalam diri lebih besar disebut sebagai jihad akbar kerana bahayanya yang boleh mensabotaj kita dari dalam tanpa dikesan. Seperti trojan-horse ibaratnya.
Mereka inilah yang jika mahu dikenal - sering menjadi batu api adu domba untuk cetus persengketaan sesama saudara dengan tujuan mendapat habuan dunia. Sesiapa sahaja akan dilanggar dan dimusnahkan demi menjadikan nafsu ammarah kebinatangan mereka seperti dengki, marah, sombong akan puas mencapai klimaksnya.
Perangai orang jenis ini akan meletakkan keuntungan dunia sebagai KPI perjuangan tanpa mengira kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Mereka juga sombong sehingga sukar dikawal kerana merasa diri sudah besar.
Perangai biadap menjadi pakaian akhlak mereka kerana dikuasai hasutan syaitan.Perkataan mencarut dan maki hamun menjadi wirid harian. Minum air kencing syaitan dan berzina sudah tentu antara ketagihan manusia jenis ini untuk melayan godaan nafsu yang mahu tenggelam dalam nikmat dunia tanpa batasan. Adakah ini ciri-ciri yang layak digelar pejuang?
Namun Allah sudah jadikan Malaysia ada 'singa' dan 'harimau' yang siang malam menjaga tanah air ini dari serangan anjing yang menyalak demi menakutkan orang dan babi yang sentiasa menyondol mahukan habuan.
Yang jelas mereka sentiasa berusaha mahu menakut dan mengacau rakyat jelata dan juga pemimpin negara kita dengan serangan jahat mereka.
'Singa' dan 'harimau' ini tidak tidur dan mereka ini pantas bergerak setiap saat mengenalpasti anjing dan babi yang perlu dihalang atau dimusnahkan.
Bidalan kata musang berbulu ayam tidak lagi tepat kerana kini sudah ada anjing yang berbulu ayam atau babi berwajah syaitan!
Bezanya musang lebih baik dari kedua binatang ini yang jelas haram disentuh dan susah kita juga jika menyentuh mereka kerana tahap najis dua binatang ini adalah tahap paling tinggi dalam Islam iaitu najis mughallazah yang hanya berada di badan dua jenis binatang yang menjijikkan ini.
Selamat berjuang dan jangan jadikan diri kita memiliki sifat samada jenis binatang pertama atau kedua. Jika anda bersifat beruk ia masih baik lagi kerana beruk tidak sekeji anjing dan babi yang selalu diguna untuk memaki orang yang dibenci.
Perangai manusia seperti ini akan dapat dilihat di wajah mereka sendiri yang akan berubah menjadi seperti muka anjing atau babi jika dipandang dengan cahaya makrifat Ilahi!
Believe me my dear
Nasihat Panglima : Jadilah hamba Allah yang berjuang dengan merasa sentiasa takut hukumannya dan bersedia menemuinya pada setiap masa.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
Insaflah dari terus melayan nafsu ammarah yang sentiasa jahat ke arah keburukan bukan kebaikan.
Tidak ada guna nikmat dunia jika ajal menemui kita walau berjuta wang dalam bank yang kita ada. Walau Perdana Menteri kawan baik kita. Walau ada isteri secantik Siti Nurhaliza.
Mohon maaf jika terasa atau ada salah dan silap.
Allahumma solli wasallim wabaarik ala Saidina Muhammadin waalihi wasallim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.