Pages

14 Februari 2012

Anwar Ibrahim Terdesak Dihentam Hj Hadi Isu Sokong Israel - Terpaksa Guna Nama Dr Yusuf Qaradawi

Tengok dan fikirkan sendiri bagaimana Anwar Ibrahim sudah terdesak bila dihentam kanan kiri termasuk dalam Pas isu negara Israel.

Terlanjur kata buruk padahnya kata orang tua kita.

Nik Aziz juga telah minta Anwar minta maaf atau saman Wall Street Journal jika ada silap laporan melalui keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Yang jilat Anwar sekarang tidak lain pihak yang diberi peruntukan sahaja.

Bila Anwar Ibrahim tidak mahu minta maaf isu di atas, itu tandanya Pas cuba dilemahkan oleh kenyataan beliau sendiri.

Siapa paling rugi jika tidak Pas atas isu di atas?

Bila Pas mula berjinak dengan Umno maka pilihan terakhir Anwar mungkin fikir ialah dengan melemahkan Pas melalui kenyataan celuparnya.

Sekaligus pelobi Yahudi juga akan bergembira dan menghulur wang sebanyak mana dimahukannya - pada fikiran Panglima.

Dengan wang yang banyak sudah tentu PKR DAP tidak merasa susah kerana ramai Melayu seperti Aspan Alis dan Musli Oli akan sertai mereka.

Tengku Hamzah juga ? Tidak mustahil jika beliau juga goyang dalam hal ini.

Datuk Kadir Sheikh Fadzir ? Boleh jadi jika mudah meleleh air liur melihat wang juta-juta depan mata.

Kerana wang sesiapa sahaja boleh rabun mata walau serban ada dililit di kepala.

Info terbaru : blogger kerajaan ditawar RM5 ribu sebulan oleh DAP! Diakui kawan rapat Panglima sendiri.

Patutlah ada yang sudah seberang ke sana.

Lahapkan dunia,gadaikan perjuangan agama bangsa negara.

Kesian mereka.

Lawan tetap lawan biar sampai jadi arang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.