Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Saidina Muhammad saw
dan keluarga baginda sekelian.
Akhirnya selepas sekian lama menunggu adakah benar atau tidak, perancangan PAS untuk mencalonkan pendakwah siber yang terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus sebagai calon, sudah terjawab.
Dalam satu wawancara dengan Sinar Harian yang turut menimbulkan persoalan yang ditunggu oleh Panglima, adakah Ustaz Azhar Idrus bakal dicalonkan menjadi wakil PAS PRU akan datang, pantas Hj Hadi sebagai Presiden PAS menafikannya.Link http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-punca-pas-pecat-hasan-ali-1.21962
Sebelum itu ketika diusik ruangan gosip Sinar Harian tentang persoalan yang sama Ustaz Azhar Idrus atau UAI menjawab di Facebooker beliau perkara yang sama.Link http://blog.earnic.com/ustaz-azhar-idrus-calon-pas-ladang/
Sebagai pengikut setia video kuliah beliau termasuk ketika siaran langsung dari Masjid Shah Alam melalui U-Stream pada malam Anugerah Gay opsss Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 minggu lepas, kenyataan dua tokoh ini sangat melegakan hati kita semua.
Kerana kita sudah dapat melihat bagaimana usaha dakwah akan rosak dan sukar apabila ada elemen politik kepartian menyusup masuk dalam baris kata-kata sehingga menjauhkan segolongan pendengar yang mungkin menolaknya.
Adalah menjadi harapan Panglima sebarang kesilapan siapa sahaja termasuk PAS dan UMNO atau PKR ditegur oleh UAI dalam ceramah beliau seperti mana yang dilakukan Tan Sri Harussani Mufti Perak, walaupun kita sedar betapa di Terengganu masih tebal lagi penangan berbisa amanat Hj Hadi 1981 yang mengkafirkan UMNO atas alasan sekular.
Semoga perkara yang rosak akan dapat dibaikkan oleh para Ulama dengan hikmah dan mauizah hasanah dan menyatukan kembali saf yang terpisah agar menjadi barisan yang lurus lagi rapat sehingga menyukarkan syaitan menyusup menjadi paraSHIT merosak dari dalam jemaah dengan pakaian persis musang berbulu ayam...
Sekian, wassalam.
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Waalihi Wasallim
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.