Semalam Tan Sri Harussani turut hadir dengan Dr Mahmud Zuhdi bersama ust Fathul Bari dan saya paling tertarik dan minat cara penyampaian Tan Sri yang tidak emosi dan tenang sahaja dalam penyampaiannya. Panglima secara peribadi pernah ke pejabat beliau di Perak tahun 2010 (kalau tak silap)
Astora Jabat antara orang kuat menolak nas Imam Mahdi yang disifatkannya sebagai khurafat Syiah. Katanya Mufti Perak menerima pendapat beliau yang diragui kebenarannya. Namun pegangan ini jelas tidak popular kerana persoalan Imam Mahdi adalah diulas para Ulama sejak dahulu hingga kini. Banyak fakta dalam internet boleh membantu anda termasuk link di bawah.
Kerana hari ini ulama hadis seperti Syeikh Albani sahaja yang mendaifkan hadis Imam Bukhari dan sudah tentu jika ada nas dari Kitab Imam Bukhari tentang perkara Imam Mahdi ia akan ditolak kerana penarafannya. Sedangkan semua ulama sudah bersetuju dengan kesahihan Sahih Bukhari dan Muslim.
Astora Jabat barangkali perlu diberi info tentang hal ini kerana semua orang boleh berubah jika diberi info yang tepat dan bernas. Semasa berjumpa pagi tadi, Panglima sempat bercakap loghat dialek arab Mesir dengan beliau dan ternyata masih fasih bahasanya termasuk bahasa Inggeris jua. Kecek Kelate tok soh kiro la.
Isu Imam Mahdi ada penjelasannya dari JAKIM untuk pengetahuan Astora Jabat dan rakan sealiran beliau. Perkara ini membuktikan kewujudan Imam Mahdi bukan perkara dongeng semata-mata.
http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/imam-mahdi-carrier-grace
Antara soalan yang dikemukakan oleh seorang bekas pemimpin tentang golongan yang digelar Ahbash Khawarij Syiah dalam Jakim.
Nampak seperti ia merujuk kepada perbalahan Zamihan vs Asri. Malang sekali jika seorang pemimpin besar mencampuri urusan tersebut sehingga merendahkan imej. Mujurlah dia bukan pemimpin besar hari ini.
Soalan yang patut ditanya pemimpin tersebut : kenapa tokoh dilihat pro Wahabi seperti Dr Fatah Haron, Dr Hayei Shukor dan Dr Juanda Jaya yang dikhabar dibawa masuk oleh Ust Aizam Masod Bahagian Akidah JAKIM sebagai ahli Panel JAKIM tidak ditimbulkan ?
Bukankah Fatah Haron ahli dan pemimpin Pas dan besan Nik Aziz ?
Ceritanya ada di sini : http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/11/bertaubatlah-wahai-aizam-masod.html
Akhir kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir patut menyiasat perkara ini kerana ia sudah lama berakar di JAKIM bukan mengendahkan persoalan kebudak-budakan yang dilontarkan.
Yayasan bantu wahabi kita tahu siapa dan berapa mereka terima dana. Jangan terkejut dana paling besar dicurah di Kelantan selain Perlis untuk sebarkan Wahabi.Cuma bersediakan sesiapa mengakuinya?
Cukuplah perpecahan yang sudah berlaku. Marilah kita hentikan penyebaran fahaman wahabi yang bebas diamal tetapi jangan cuba sesekali disebar.
Melawan wahabi bukan mahu menimbulkan sengketa tetapi menyelamatkan perpaduan umat Islam yang sedia ada. Politik jangan dibawa sehingga merentasi bab fahaman agama.
Tolong berundur buatlah kerja carilah kebenaran jangan duduk diam.
Wassalam.
Tahniah Panglima kerana berada dalam majlis bersama ulama hebat. Harap slps ni para ulama dan cendikiawan dapat lebih membantu blogger berhadapan para petualang negara.
BalasPadam