Pages

23 Februari 2012

CHECKMATE : Tun M BERSAMA @datosahol VC UiTM : Muka Depan UTUSAN cc @NajibRazak

Serangan blogger terhadap Dato Sahol VC UiTM nampaknya sudah di-checkmate-kan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Gambar Tun Mahathir bersama Dato Sahol tentu menyenakkan mata dan mengganggu emosi musuh beliau yang mahukannya diturunkan dari kerusi VC dengan menggunakan blogger untuk tujuan tersebut.

Secara tersirat rakyat yang membaca serangan terhadap VC UiTM oleh beberapa orang blogger akan nampak mesej tersirat Utusan Malaysia tentang isu tersebut. Ketika ada info cuba mengaitkan beliau orang Anwar, gambar di atas tentu menidakkannya.

Sebagai akhbar berpengaruh UM membantu secara tidak langsung dalam isu ini. Dan ia sangat kuat impaknya sebagai akhbar yang gigih membela bangsa Melayu termasuk institusi pendidikan untuk bangsa Melayu seperti UiTM.

Terima kasih atas bantuan tidak diduga oleh Utusan Malaysia dalam membantu VC UiTM ini.

Demi Allah ! Panglima tidak dibayar atau minta bayaran satu sen pun untuk membela beliau kecuali demi alif ba ta.

Jangan kita biarkan blogger 'hantu raya' menguasai alam maya !!!

1 ulasan:

  1. Nak settlekan masalah ni senang aje. Buat sesi angkat sumpah di Masjid kat UiTM. Bawak Datuk Sahol,Ibrahim Abu Shah dan sesiapa lagi, dan suruh angkat sumpah ni: "Demi Allah sepanjang saya berkhidmat di UiTM saya tidak pernah menzalimi orang lain dan tidak pernah salahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, keluarga, saudaramara, sahabat handai dan sekiranya saya berbohong, saya rela agar saya dilaknat Allah di dunia dan akhirat"

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.