Janji Lama Tak Tertunai, Kini 85 Janji Baru Dibuat
Sebanyak 85 janji baru ditabur oleh PAS Kelantan menerusi Unit Perancang Ekonomi Kelantan sebagai persediaan menghadapi PRU13 yang akan muncul tidak lama lagi. Sudah pastilah, kalau dilihat kepada kesemua janji-janji tersebut, maka Kelantan akan muncul bukan sahaja sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia, sebaliknya sebagai sebuah negeri cerminan syurga yang dikhususkan untuk orang-orang beriman semata-mata.
Namun timbul tanda-tanya, apakah 85 janji baru yang merangkumi Perundangan dan Kehakiman, Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian, Perhutanan, Perikanan, Penternakan, Perindustrian, Keusahawanan, Pelancongan, Pentadbiran Tanah, Pencerobohan Tanah Kerajaan, Tanah Terbiar, Perlombongan dan Kuari, Kewangan, Perbadanan/Agensi Kerajaan Negeri, MPKB/Majlis Daerah, Pembangunan Wilayah/Bandar Baru, Perumahan, Pendidikan, Wanita, Warga Tua dan Kurang Upaya serta Program Am, merupakan penambahkan baikan daripada janji-janji sebelum PRU12 lalu atau ianya sekadar satu lagi daya tarikan untuk memperlihatkan Nik Abdul Aziz dan barisan Exco Negeri Kelantan hanya pandai membuat retorik tetapi gagal bekerja?
Kalau hendak diulas satu persatu daripada 85 janji baru itu, pastinya terlalu banyak ruang yang akan diambil, memandangkan hasil dan kesimpulannya hanya satu iaitu TIDAK ADA SATU PUN YANG MAMPU DITUNAIKAN OLEH PAS.
Modal besar PAS untuk terus bernafas adalah mempergunakan Islam. Sebab itulah, PAS Kelantan cuba sedaya mungkin untuk memperlihatkan mereka sedang memperjuangkan Islam sebagai sumber syariah dan perundangan tertinggi di negeri itu dan Malaysia amnya.
Dan anehnya, selama 21 tahun memerintah Kelantan, PAS masih lagi menabur janji untuk ‘meneruskan amalan perundangan dan kehakiman yang bersumberkan al Quran, Al-Sunnah, Ijmak’ dan Qiyas’. Walhal sepatutnya mereka sudah melaksanakan, bukannya masih lagi berkira-kira atau mengkaji-kaji mencari akta dan enakmen yang perlu dipinda dan digantikan.
PAS sendiri tertungging dibaham dan diterajang DAP setiap kali membuka mulut ingin menjadikan Hudud dan Qisas sebagai perundangan utama syariah. PAS banyak membuang masa dengan mengadakan forum, perbincangan tertutup dan terbuka, memberikan ceramah, mengutuk UMNO kerana UMNO kononnya tidak mahu bersekongkol dengan mereka, tetapi apabila dimarahi oleh DAP, dengan selamba dan dengan senang hati, PAS mengatakan Hudud dan Qisas hanyalah untuk orang Islam.
Di situ sahaja, PAS sudah tersalah arah dalam mentafsirkan keadilan Hudud dan Qisas atau lebih tepat lagi perundangan Islam. Secara tidak langsung, PAS ingin memperkatakan bahawa perundangan Islam tidak adil dan kejam. Namun untuk berterus-terang, PAS bimbang parti itu akan dicop munafiq, maka diambil jalan mudah iaitu dengan mengatakan, Hudud dan Qisas hanya untuk orang Islam. Orang bukan Islam tidak tertakluk.
Sedangkan, apabila hukuman hudud dan qisas dijalankan di sesebuah jazirah atau wilayah Islam, maka tidak terkecuali mana-mana penduduk tanpa mengira bangsa mahupun agama daripada menjalani hukuman yang sama. Tidak ada kelas atau perbezaan.
Itu yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. Itu jugalah yang diamalkan oleh Ar-Rasyidin r.a dan solafus-soleh. Rujuk sahajalah mana-mana kitab muktabar tentang Siyasah Syariah termasuklah kitab Al-Mawardi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan sebagainya, semuanya sepakat memperkatakan perkara yang sama. Malangnya PAS dengan ijtihad songsang Nik Abdul Aziz, mengeluarkan doktrin yang sama sekali bertentangan dengan ajaran muktabar iaitu Hudud dan Qisas hanya untuk orang Islam.
Itulah juga yang berlaku kepada 85 janji-janji baru PAS. Di atas kertas, semuanya kelihatan cantik dan menarik. Namun semua orang tahu, PAS tidak berkemampuan untuk melakukannya. PAS hanya mampu berceramah, mencipta retorik dan kemudian menyelar UMNO sebagai daya tarikan kepada para pendengar agar mempercayai cerita-cerita dongeng yang penuh fantasi mereka.
Anda boleh semak sendiri 85 janji baru PAS sempena PRU13 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Kelantan yang anda boleh perolehi dengan mudah di mana-mana, termasuklah di Internet. Anda boleh nilai sendiri, sejauh manakah sebenarnya kemampuan PAS selama 21 tahun, memandangkan 85 perkara yang dijanjikan itu seharusnya bukan lagi di peringkat janji, sebaliknya sudah berada di peringkat perlaksanaan.
http://detikperubahan.com/2012/02/16/janji-lama-tak-tertunai-kini-85-janji-baru-dibuat/
19 Janji yang gagal ditunai ada di sini (3 perkara lain isu semasa)
http://keris7lok.blogspot.com/2012/02/savekelantan-22-perkara-yang-dituntut.html
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.