Imej di atas adalah kandungan mSv dan jadual yang disediakan oleh MOSTI. Dokumen seterusnya akan dikeluarkan secara berperingkat. Banyak fakta hebat akan disiarkan hari ini Insya Allah.
Cukuplah dengan bukti di atas kandungan mSv yang diperiksa di kilang Lynas dan juga jadual mSv yang dipaparkan, sebagai penawar kepada racun yang telah disuntik oleh Pakatan terutama Fuziah dalam minda rakyat. Jelas Lynas ialah kilang bukan reaktor nuklear yang berbahaya.
Meskipun kaum Cina paling ramai menyertai Lynas di Kuantan dan Pulau Pinang, kita tidak pula mahu menuduh mereka berbuat demikian untuk kepentingan negara China yang kini akan terancam apabila Malaysia muncul sebagai pengeluar 'rare earth' kedua di dunia.
Namun sangkaan seperti itu susah untuk ditolak apatah lagi kemakmuran berlipat ganda akan dikecapi oleh Malaysia apabila berbilion dollar akan dijana hasil dari kilang Lynas ini. China pasti susah mengawal harga 'rare earth' apabila kita juga memiliki kilang tersebut di Kuantan.
Begitu juga kita sukar menolak andaian bahawa himpunan anti Lynas juga ada campur tangan Singapura kerana kita tahu negara jiran pasti terancam apabila kita menjana ekonomi yang besar melalui Lynas ini. Kaitan PKR dengan Singapura rasanya anda semua boleh taip di Google.Atau lihat gambar LKY jumpa pemimpin Pakatan di negeri mereka perintah.
Siemen juga dikhabarkan mahu melabur hampir RM 1 bilion untuk projek ini dan bayangkan betapa bertuahnya Malaysia apabila ia menjadi kenyataan.
Namun jika projek ini gagal kerana persepsi negatif yang dimainkan Pakatan maka sudah tentu semua bangsa akan merasai kesannya.Imej negara di kalangan mata pelabur juga akan terjejas jika ia gagal angkara fitnah dan dakyah palsu pembangkang yang jelas mengejar undi untuk keuntungan diri bukan memikirkan kerugian kepada negara dan rakyat jelata keseluruhannya.
Allah bersama orang yang benar dan kebenaran pasti datang untuk menjatuhkan kebatilan.
Ayuh sebarkan fakta di atas untuk menjadi orang yang benar membawa kebenaran!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.