gambar bangkai arnab
gambar kenangan
gambar semasa dilahirkan
gambar Koko keseorangan tanpa adik yang sudah mati
bapa arnab hanya mampu melihat anak dibaham kucing tanpa mampu membuat apa apa
Sebentar tadi sejurus tiba di rumah, Panglima dikejutkan dengan kematian 5 ekor anak arnab dipercayai dimakan anjing atau kucing.
Kesilapan anakanda sulung meletakkan anak arnab yang kecil di dalam kotak luar rumah dan seekor lagi dipercayai meloloskan diri dari kandang, menjadi punca serangan binatang liar tersebut berjaya dilakukan.
Si Koko yang sudah agak besar berusia 46 hari dan empat ekor lagi baru sahaja berusia 15 hari dan belum mempunyai nama, akhirnya hilang akibat kealpaan kami juga yang tidak perihatin akan keselamatan mereka.
Isteri Panglima yang tidak sedar puteri sulung kami mengeluarkannya dari sangkar Maghrib tadi, membiarkan sahaja pagar terbuka tanpa dikunci. Akhirnya kelima-lima ekor anak arnab yang comel telah mati apabila kami kembali dari menjamu selera di luar Isyak tadi.
Selepas disiasat saksi jiran tetangga sekitar rumah tidak pula mereka terlihat sebarang petanda anjing. Kemungkinan besar kucing menjadikan si arnab yang kecil itu sebagai makanannya.
Isteri Panglima memberitahu seekor kucing besar warna cokelat ada di hadapan rumah pagi tadi. Boleh jadi sewaktu kami keluar selepas mengajar al quran tadi, membuka ruang serangan binatang tersebut ke atas anak arnab kami yang tidak mampu melarikan diri.
Mujur si Bobo yang berselindung sebalik sangkar terselamat walau sudah berjaya keluar dari sangkar! Manakala Koko hilang tanpa dapat dikesan bersama anak arnab yang lain.
Allah sahaja Maha Tahu betapa sedih hati kami sekeluarga kehilangan binatang yang dipelihara sejak lahir hingga hari ini. Bayangkan perasaan ibubapa arnab yang terkurung dalam sangkar,melihat sahaja anak mereka mati dimakan depan mata tidak ubah seperti anak kecil rakyat Palestin yang mati ditembak hadapan keluarga mereka!
Itu pun masih ada yang begitu bangsat seperti Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim yang mahu berusaha untuk memelihara keselamatan negara haram Zionis Israel demi mendapatkan sokongan dunia!
Hanya seekor sahaja anak arnab Panglima yang masih ditemui bangkainya di garaj kereta manakala yang lain hilang tanpa dapat dikesan. Hampir satu taman Panglima mencari jika ada bangkai atau sesat jalan.
Inilah pertama kali kami semua rasa sangat kehilangan walau ia hanya anak arnab yang tidak sama dengan manusia.
Hari ini juga pertama kali isteri Panglima memegang semua anak arnab tersebut selepas 15 hari dilahirkan dan tidak diduga mereka sudah ditakdirkan untuk menjadi makanan kucing malam bulan terang mengambang ini.
Anak-anak semua menangis berderai-derai air mata termasuk si kecil yang setiap hari membelai arnab-arnab tersebut sehingga dibawa ke dalam rumah dan kadang kala terlena bersama.
Lebih sedih, semalam kami baru sahaja tiba dari kampung selepas empat hari bercuti di Kelantan bersama Bobo dan Koko .
Bayangkan pula bagaimana rasanya jika kita benar-benar kehilangan Malaysia ini sebagaimana kita telah rasai semasa kehilangan 5 negeri pada PRU 12 yang lalu ?
Semuanya boleh terjadi andai kata kealpaan antara kita yang tidak sedar pentingnya berjuang, serta mengundi dan memilih sebaik-baik parti, telah membuka 'pagar' agama bangsa negara, sehingga mengenyangkan binatang-binatang 'politik' yang liar dan jahat untuk menjamu selera atas peluang yang ada.
Fikirkan sahabat semua dan berjuanglah sepenuh hati dan tenaga untuk menjaga Malaysia tercinta atau kita akan kehilangannya tanpa mampu mendapatkan kembali walau berdarah air mata menangis selepas ini.
Semoga Allah memberikan lagi kepada kami anak arnab yang comel untuk dijadikan penyeri keluarga Panglima dan juga mengekalkan kuasa memerintah Malaysia di tangan kita yang ikhlas berjuang demi alif ba ta.
Sekian cerita sedih yang benar berlaku dalam hidup Panglima hari ini untuk dikongsi bersama anda.
Salam,
BalasPadamTu la, lain kali sebelum g mana2 cek la dulu. Mcm kita cek suis,pintu dapur sumer. Saya bela sugar glider, so b4 saya keluar mesti saya cek 2-3 kali just to make sure everything safe & secure. Kan x psl2 kita rasa mcm berdosa jer bila jd mcm ni.
BAGAIMANALAH KELAK NASIB ANAK CUCU BANGSA KITA INI KALAU KITA SEMUA MEMBIARLAN KEALPAAN MENGUASAI KITA. SYUKURLAH ALLAH TELAH MEMBERI PERINGATAN KEPADA KITA MELALU TRAGEDI TERHANAP ANAK ANAK ARNAB ITU. ALHAMDULILLAH.
BalasPadamsudah ketentuan ilahi...
BalasPadamharap bro dan keluarga bersabar dan terima segala yg berlaku dgn tabah...
meme kenangan kita bersama pet kita sukar nak dilupakan...
saya juga penah melalui kes mcm ni...
berbalik pada topik negara kita ni aku tak rela dijadikan hamba oleh puak zionist lakhanat ni...
bagi aku darah dalam tubuh badan aku ada bersangkutan dgn darah pejuang mujahiddin yg penah mengasak rusia dulu...
kalau laungan jihad berkumandang aku akan tampil dibarisan hadapan untuk berjuang...
dalam istilah jihad ni yg cuma ada hanya perjuangan membela agama dan tanahair...
bangsa tak disebut pun...
kalau ada anasir syiah juga akan ditentang oleh pasukan aku...
apapun aku harap rakyat malaysia ni tahu menilai yg mana intan dan yg mana kaca...
insyaALLAH malaysia kita akan dapat dipertahankan...
berkat doa LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH...
PEJUANG HAMAS...
terima kasih atas komen anda semua...
BalasPadam