Pages

29 Februari 2012

Hotel Nafi 20 Lelaki Samseng Masuk Melalui Rakaman CCTV - Bukti Badrul Amin Menipu Lagi @NajibRazak @anwaribrahim

Kosmo Rabu 20.2.2012 halaman muka depan dan halaman kedua, menyiarkan kenyataan hotel lokasi Badrul Amin ditahan menafikan ada rakaman cctv mengandungi kelibat 20 orang yang didakwa Badrul Amin telah memukul beliau.


Penjelasan itu juga sama dengan analisa setengah pihak yang pelik dengan tindakan Badrul Amin, tidak membuat laporan polis atas dakwaan dipukul.


Begitu juga tidak nampak sebarang kecederaan pada diri beliau jika benar serangan tersebut berlaku. Jelas bahawa fakta sebenar cuba dipusing dengan dakwaan beliau difitnah walhal ia kelihatan sangat meragukan sejak mula cerita ini berkumandang di alam maya.


Semalam Tengku Mahkota Pahang juga cuba dikaitkan oleh Badrul Amin,akan mencemar duli mahu campur tangan kes ini walhal ia tidak benar sama sekali. Nampak permainan kotor beliau sehingga sanggup mengguna nama VVIP seperti Tengku Mahkota untuk melepaskan dirinya!


Mungkin harapan Badrul Amin agar kesalahan seperti itu tidak akan dijadikan isu, seperti kes Anwar Ibrahim yang jelas telah tersebar video beliau bersama Chna-doll.


Tetapi Pakatan nampaknya tidak mahu mengambil tindakan ke atas Anwar walau sehari untuk berundur, agar siasatan berjaya dibuat. Mungkin kerana mereka sudah pasti akan dihentam jika berbuat demikian kepada Ketua Pembangkang tersebut.


Kes Badrol Amin sudah tentu menampakkan kegagalan sistem yang wujud dalam PKR dimana Anwar dibiarkan tanpa berehat meskipun disumpah laknat oleh Saiful Bukhari untuk membenarkan kejadian tersebut.Manakala orang lain seperti Badrul Amin diberi cuti sebulan dan direhatkan.


Untuk itu panglima cadangkan PKR ditukar kepada Parti Kezaliman Rakyat selain nama " Pakat Keluar Ramai-ramai " agar sesuai dengan tindakan mereka yahg sering menyalahkan orang lain jika ditimpa masalah bukannya diri sendiri.


Itulah kezaliman dan itulah pakaian pemimpin PKR dari dulu hingga sekarang!


Maka tolaklah Pakatan dan undilah BN demi kejayaan berpanjangan  dunia hingga akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.