Pages

20 Februari 2012

Kisah Tarbiah Nabi Kepada Puteri Baginda Hadapi Tugas Urus Rumahtangga

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan dan keluarga baginda sekelian

Suatu hari, Fatimah telah meminta suaminya Saidina Ali k.w. supaya menemui Rasulullah SAW dan meminta jasa baik Baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah mereka.

Rasulullah SAW bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik Baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan Baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.

Pada sebelah malamnya Baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Ali dan Fatimah) suka kepada pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta pada siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah SAW menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidurnya.

Semenjak itu wirid yang diajarkan oleh Rasulullah SAW telah menjadi amalannya dan suaminya. Hasilnya Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.



Panglima - Moralnya ialah apabila hati kotor dengan dosa maka perkara bukan ibadat pun akan menjadi berat dan sukar dilaksanakan. Namun apabila hati disiram hujan zikir dan selawat maka semua pekerjaan akan menjadi senang walau dilakukan oleh perempuan. Kalahnya islam bila umatnya lalai dari menjana iman dan gagalnya iman kerana gagalnya kita mencuci hati dari noda dosa.Bukti Chechnya sukar dikalahkan kerana kekuatan rohani mereka yang hebat memusnahkan musuh agama berbanding umat Islam di Bosnia yang hanyut dalam kesenangan hingga hidup dalam kelalaian.


ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMADIN WAALIHI WASALLIM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.