Pages

22 Februari 2012

Lagi Tulisan Isu VC UiTM DIserang : Bukti Rahsia Besar Negara Didedahkan cc @NajibRazak




Sebelum ini Panglima ada menyiar artikel tentang Hantu Raya Moden oleh blog Umno-Reform bertajuk : Pemimpin bela blogger hantu raya moden perlu berhenti atau dihentikan - di sini 


Dalam tulisan tersebut Umno-Reform menulis tentang hantu raya moden ini  katanya : 

Mereka menulis mengikut kehendak dan cita-cita tuan mereka. Mereka dibela bukan sahaja untuk menyerang pembangkang tetapi lebih menyerang sesama untuk kepentingan politik. Lantas – mereka lebih mencederakan INSTITUSI UMNO itu sendiri dari membantu. Mereka sudah dilabel sebagai Tukang Carut dan mereka akan menggunakan didikan carut mencarut sebagai senjata untuk menentang lawan – khususnya dalam kem penulis blog sendiri.


Malangnya ada kepimpinan yang dikatakan terlibat dalam membaja tukang carut ini untuk subur tumbuh dalam kalangan penulis blog UMNO untuk tujuan tertentu. Mereka tidak sedar kalau orang lain mereka boleh carut dan gigit – tidak mustahil mereka juga akan jadi mangsa setelah gagal memberi makan. Mereka akan membiak dalam kelompok virus besar dan akan menjadi punca UMNO diserang luas.

Hari ini strategi perang saraf dalam UMNO semakin tergugat. Penulisan carut-mencarut ini tidak diterima oleh pengundi atas pagar. Mereka yang dalam kem lawan juga tidak akan terpancing untuk melihat budaya yang dipancarkan oleh mereka. Mereka menjahanamkan refleksi transformasi dalam UMNO. Mereka seakan meludah – tetapi jatuh atas nama UMNO sendiri.

Semua itu – taktik perang saraf lama yang sudah terselit dalam lipatan sejarah. Rakyat yagn sudah terdedah dengan media Internet sekarang sudah dewasa. Mereka tahu dan mereka membuat penilaian sendiri. Kita tidak mahu kita sama kita berseronok tetapi impak pada pengundi menyorot.

Hari ini mereka masih ghairah mencarut – dari mencarut kepada pihak pembangkang kini mencarut terhadap blog pro UMNO yang formal seperti Unit Media UMNO. Mereka rasa gah mereka membantu dengan menjayakan partisipasi dalam media web tetapi tidak sedar bahawa kelangsungan hayat UMNO akan bertambah pendek sekiranya HANTU RAYA ini tidak halau. 


Berikut pula tulisan Pena-KSJ tentang perkara yang telah dilakukan oleh Blogger Hantu Raya Moden seperti mana yang disebutkan di atas yang jelas membahayakan keselamatan negara kerana melibatkan dokumen rahsia besar :





Wow! Hangat Malaysiakini menampilkan dokumen yang dikira rahsia besar mendakwa mereka berjaya mendedahkan kes salahguna kuasa oleh VC UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar melibatkan pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Apa yang berlaku lima tahun lepas telah di korek kembali oleh Blogger PAU PAU ( Blogger Pau kiri kanan) yang dikira mempunyai niat yang agak pelik dalam merancang strategi untuk menjatuhkan karier Datuk VC UiTM dengan bermatlamat kedudukan jawatan sekarang harus diberi kepadaorang pilihan seperti kemahuan bos yang membayar blogger terbabit untuk membuat kerja-kerja menjatuhkan VC terbabit.

Tiada bukti mengaitkan mereka dengan pendedahan di Malaysiakini,namun cara gerakan saraf dan strategi mereka dengan memberi dokumen paling rahsia untuk siaran artikel di Malaysiakini telah merumuskan bahawa dipercayai dokumen yang melibatkan surat dalaman yang dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada Sahol sebagai TNC ketika itu telah didedahkan membabitkan penglibatan orang dalam di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri.

Masakan tidak, Malaysiakini mempunyai salinan surat dari Badan Pencegah Rasuah (BPR-ketika itu) terhadap siasatan dan keputusan melibatkan isu yang dibangkitkan.

Terlintas di fikiran kita beberapa sebab mengapa ketirisan dokumen paling rahsia itu telah didedahkan di Malaysiakini dan kemudian beberapa blogger Pau Pau turut menyambut isu VC UiTM dalam masa yang sama secara serentak.

Kemungkinan dikalangan Blogger Pau Pau telah menyalurkan maklumat ke Malaysiakini untuk didedahkan kemudian mereka pura-pura tidak tahu dan memuat naik artikel kemudianya di blog masing-masing untuk mendesak siasatan dibuat sedangkan jelas ini satu perancangan yang dibuat untuk mengugut VC UiTM mendapatkan ganjaran sebagai galakan tidak menyiarkan kembali cerita yang telah ditutup lama dan mengugat reputasi.

Tunggu pendedahan beberapa blogger yang membuat analisa dan siasatan terhadap isu ini dan mendedahkan siapa dalang mengeluarkan dokumen kepada blogger Pau Pau ini.


K-MPM said: Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar- ternyata dibebaskan sebarang tuduhan menyalahgunakuasa untuk kemudahan dua orang anaknya…tunggu pendedahan siapa dalangnya…

http://penaksj.wordpress.com/2012/02/22/kes-vc-uitm-malaysiakini-disalurkan-maklumat-blogger-pau-pau-ada-muslihat/ 


Panglima : 

Selain itu blogger lain juga turut mengulas isu di atas antaranya :




Harap perkara ini diteliti oleh pegawai di Pejabat YAB Perdana Menteri untuk memastikan tidak ada blogger yang tidak beretika menjadi harapan Umno atau BN kerana mereka ini boleh membahayakan negara dan juga parti tulang belakang Kerajaan sedia ada dengan perbuatan mereka yang dapat kita lihat di atas.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

  1. Asallamualaikum... Apa silap dan dimana salahnya. Bukankah hal ini telah dijalankan mengikut prosidur sepatutnya. Apa gunanya menyambung lidah malaysiakini sedangkan orang (tertentu) ini tahu, malaysiakini bukanlah sumber berita yang telus. Bagaimana seorang blogger hebat tiba2 menjadi seperti lalang ditiup angin. Angin bertiup dari kiri maka kekanan la dia, angin bertiup dari kanan maka kekiri la dia. Prinsip kena ada matlamat kena terang. Biar pembaca tahu kita di belah mana.

    http://assassincyber.blogspot.com

    BalasPadam
  2. saya paling setuju bab pengundi atas pagar tak suka blog2 umno/pro-kerajaan yang kerjanya hanya mencarut dari awal artikel sampai ke sudah.
    i know coz i'm pengundi atas pagar.

    of course mungkin ada di blogger pakatan rakyat yang suka mencarut dan sebagainya, tapi kalu datang dari blogger pro kerajaan, amat menjelikkan. apapun, saya suka blog ni.teruskan dengan artikel yang bermanafaat dan berilmiah. syukran.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.