Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Februari 2012

Pandangan Ust Azhar Idrus UMNO Sesat - Satu Penjelasan Ilmiah cc@NajibRazak @WardinaSafiyyah



Kerapkali dalam ceramah Ust Azhar Idrus mengutuk UMNO tidak menerima Islam. Atas alasan hudud dan sebagainya. Panglima pernah ulas isu hudud di sini : http://penembak-tepat.blogspot.com/ 




Namun perlu dijelaskan kepada beliau ia tidak tepat dan tugas Panglima sebagai blogger ialah membetulkan pandangan beliau tanpa menolak ilmu agama yang disampaikannya.


Yang menjadi masalah kita hari ini ialah suka menolak seratus peratus atau menerima semuanya tanpa memilih yang baik dan menolak yang buruk pada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Penjelasan sangat penting kerana pandangan seseorang akan berubah apabila dia mendapat info yang benar dan lengkap tentang sesuatu perkara.

Termasuk juga Ustaz Azhar Idrus jika diizinkan Allah.

Contoh isu kasino dan pub, jelas undang-undang negara kita melarang orang Islam memasuki tempat tersebut. Jika Kerajaan mahu rakyat berjudi sudah tentu lokasi Genting Hingland tidak menjadi pilihan dan ia akan dibina di tengah bandar untuk memudahkan umat Islam berjudi. Tetapi sebaliknya yang berlaku. 

Selain itu anda boleh tengok dan baca hari demi hari orang Islam berjudi dan minum arak ditangkap. Ia turut disiar dalam Tranungkita di sini http://www.tranungkite.net/ 

Untuk lebih rasional saya akan membawa senarai jasa UMNO kepada Islam yang mungkin kita terlepas pandang tanpa menafikan usaha pihak lain seperti PAS yang turut membina sebuah masjid di Kelantan sepanjang 21 tahun menjadi Kerajaan.

Info ini dipetik dari Tranungkite. Baca jasa UMNO kepada Islam dan mohon sebarkannya.

Jasa UMNO kepada Islam terkandung dalam beberapa sistem hidup. Saya cuba listkan satu persatu. 

Sistem Ibadah Islam 
UMNO mempunyai jasa yang sangat besar dalam Sistem Ibadah Islam. Ini kerana definisi Islam bagi UMNO hanyalah merangkumi Sistem Ibadah sahaja. Oleh itu, segala sumbangan UMNO terhadap Islam disalurkan kepada hanya Sistem Ibadah semata-mata. Antara contoh jasa UMNO dalam Sistem Ibadah Islam adalah: 
1. Pembinaan masjid (solat) 
2. Penubuhan Tabung Haji (Haji) 
3. Penubuhan Pusat Pungutan Zakat (Zakat) 
4. Penubuhan PERKIM (Syahadah) 

Sistem Perundangan Islam 
Sebenarnya pemahaman UMNO terhadap Islam itu ada dua, pertamanya adalah UMNO faham bahawa Islam itu hanyalah Ibadah, dan keduanya UMNO juga faham bahawa Islam itu adalah urusan nikah kahwin orang Islam. Pendek kata, definisi UMNO terhadap Islam hanyalah dua benda: Ibadah dan Kahwin. Dek kerana itu jugalah, UMNO mempunyai jasa yang sangat besar dalam Sistem Munakahat Islam. 

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO juga ada mempunyai sedikit jasa dalam bidang ini. Ya, saya akui, ianya jauh dari sempurna, tapi jasa yang sedikit, tetap merupakan suatu jasa. Namun perlu diingat, Islam ni jika kita tolak sedikit pun bermakna kita tolak, jika kita tolak banyak pun bermakna kita tolak. Antara jasa UMNO dalam bidang perundangan Islam adalah: 
1. Kewujudan Mahkamah Syariah, walaupun bidang kuasanya amat terhad. 
2. Undang-undang Nikah Kahwin Islam yang sempurna dan teratur 
3. Undang-undang berkaitan dengan harta pusaka Islam yang juga sempurna dan teratur. 


Sistem Hiburan Islam 
UMNO, secara tidak langsung, telah membenarkan penubuhan industri muzik Islam berkembang dengan tidak menghalang kemajuannya. Kumpulan-kumpulan nasyid tumbuh bak cendawan selepas hujan seperti Raihan, Rabbani, serta kumpulan yang lebih kontemporari yang lain. Antara "jasa" (boleh disebut jasa ke?) yang saya telah kenalpasti adalah: 
1. Tidak menghalang perkembangan industri muzik Islam 
2. Tidak menghalang kewujudan stesen TV berciri Islamik seperti TV9 (walaupun boleh didebatkan kesahihannya) dan TV Al-Hijrah 
3. Menggerakkan kewujudan Radio IKIM.fm di bawah agensi Islam, IKIM. 


Sistem Ekonomi Islam 
UMNO juga mempunyai jasa yang boleh dibanggakan dalam sistem hidup ini. Kerajaan Malaysia, melalui bank pusatnya, Bank Negara, telah menggerakkan usaha untuk memajukan lagi sekotor perbankan islam dan juga Sistem Kewangan Islam. Capital market yang syariah compliance juga nampaknya dibantu sedikit sebanyak. Antara jasa UMNO dalam sistem hidup ini adalah seperti berikut: 
1. Penubuhan Bank Islam 
2. Menyokong penubuhan kaunter Islam untuk bank-bank konvensional 
3. Membantu, serta menggalakkan kemajuan sektor kewangan Islam melalui pengenalan sukuk dan seumpamanya. 


Panglima : Banyak lagi yang mahu diceritakan seperti azan di radio dan tv, tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dan sebagainya. Setiap tahun kita juga tidak pernah gagal membuat perarakan Maulidur Rasul hingga sekarang.

Apa kata tuan puan senaraikan lagi apa yang telah dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN kepada Malaysia ?

Ia lebih baik dari kita memilih untuk bermusuh dengan orang alim seperti Ustaz Azhar Idrus.

Jika anda tidak puas hati lagi dan mahukan lebih ilmiah sila baca lagi jasa UMNO kepada Islam di Malaysia di sini



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate