Di bawah ini dikongsi sedikit tulisan yang baik dan mungkin berguna kepada blogger seperti kita sebagai panduan menjadi blogger. Ia ditulis oleh blog bukan politik tetapi sesuai untuk menaiktaraf blog kita agar lebih menarik dan disukai pembaca. Ia ditemui di blog http://www.2dayblogger.com/blog/2011/09/04/bagaimana-menjadi-seorang-blogger-hebat/
Selamat membaca.
Semua blogger menanam cita-cita untuk berjaya dan menjadi blogger yang hebat.Terdapat pelbagai alasan untuk seseorang itu mempunyai blog dan contohnya macam saya,saya ingin memperolehi pendapatan yang tinggi menerusi blog.Alhamdulilah cita-cita yang ditanam sejak disekolah menengah sudah tercapai.Dengan rezeki yang diperolehi dengan blog ini sahaja sudah mencecah purata RM1500 – RM 3500 sebulan.Jika blog ini jangan diupdate,income masih berada ditahap yang memuaskan.
Bukan senang untuk memperolehi pendapat sebegitu dengan blog,saya pun seperti anda semua juga.Bermula dengan kosong dan naik sedikit demi sedikit secara diam-diam.Blog saya ini tidaklah sehebat blog Denaihati,AriffShah,Kujie mahupun Ben Ashaari yang mempunyai follower yang ramai tetapi dari segi income,mungkin blog ini lebih tinggi daripada mereka…hehehe…mungkin lah kot.
Setiap daripada blogger yang hebat diatas,mereka mempunyai objektif dan perancangan masing-masing.Contoh Denaihati suka menganjurkan kontest yang memberikan hadiah yang sangat menarik,Ben Ashaari dengan segmen-segmen mudah untuk blogger newbies,ArifShah dan Kujie dengan entri perkongsian yang menarik.Semua itu adalah modal bagi sesebuah blog untuk terus bertapak di dunia blogging.Bagaimana pula dengan anda?Apakah stategi anda untuk berjaya dengan blog?
Tentu anda tidak pernah fikirkan perkara itu kan?Jika anda katakan anda hanya suka-suka berblogging,jadi suka-sukalah yang anda akan dapat.Jadi bagaimana kita ingin menjadi seorang blogger yang hebat?
1.Tulis Entri Yang Berinformasi Dan Berguna
Hebat atau tidak hebat seseorang blogger itu terletak pada penulisannya.Bukan pada blog,bukan pada header dan bukan juga trafik blognya.Jadi tulislah sesuatu perkara itu dengan baik dan cuba ingat kembali cara penulisan yang diajar oleh guru BM masa belajar di sekolah dulu.Yang paling penting,elakkan daripada menulis menggunakan shortform,warna warni dan tulisan yang terabur.
Didalam setiap entri yang dibuat itu biarlah mempunyai informasi yang akan membantu para pembaca kita.Contohnya entri ini saya tulis untuk blogger dan saya harap dengan entri ini dapat pembantu blogger lain untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi seorang blogger yang hebat.Insya-Allah.
2.Jangan Bergaduh/Mengaibkan Orang Lain
Untuk menjadi blogger yang hebat,jangan sesekali kita bergaduh dengan blogger lain tetapi biasanya manusia ini ada pelbagai ragam dan adakalanya tidak tahu menilai antara teguran dengan hentaman.Contohnya yang berlaku di entri sebelum ini,Kenapa Blogger Suka Bergaduh Dengan Sesama Blogger?.Mungkin dia terasa dengan entri yang dituliskan itu sedangkan saya tak mention nama siapa-siapa.Siapa yang makan cili dia terasa pedasnya.Betul tak?
Orang yang suka bergaduh ini biasanya suka mencari populariti dan juga mencari trafik dengan cara mudah tetapi berapa banyak sangatlah trafik yang diperolehi dengan cara yang kotor itu?Jika sebelum ini ada yang mengatakan guna hadiah @ wang tunai untuk mendapatkan trafik itu HINA tetapi bergaduh @ memburukkan orang lain untuk mendapat trafik adalah HINA yang sebenar.Tak gitu?
Kalau kita suka jatuhkan orang @ bergaduh dengan orang,senang-senang je Allah nak jatuhkan kita.Beringatlah sebelum terkena dan nasihat menasihatilah kita.Blogger hebat tak boleh gaduh-gaduh ni.macam budak-budak je.
3.Terima Nasihat/Teguran Daripada Blogger Lain
Sehebat mana pun kita,kita harus sentiasa merendah diri.Manusia ini tidak sempurna.Jangan kita riak dan takbur dengan apa yang kita perolehi sekarang ini.Adakalanya kita terleka,kita terlupa jadi akan ada orang akan tegur kelekaan kita,kealpaan kita,jadi dengar lah teguran itu walaupun ianya pahit.Jika baik,kita amalkan,jika tidak,kita jauhkan.
Tapi bukan mudah orang nak menerima teguran kan?Tambah lagi bila dah rasa hebat,trafik dah tinggi,dah jadi top blogger.lagilah rasa hidung tinggi kan?Lumrah lah tu tapi kita kena ingatlah yang hidup ini bagaikan roda,sekali diatas dan sekali dibawah.Betul tak?
Untuk jadi blogger yang hebat harus merendah diri dan menerima nasihat @ teguran dengan ikhlas.Jangan sesekali mudah melenting dan orang tidak akan tegur kita jika kita tidak buat salah.Akui kesilapan kita dan cuba perbaikinya dimasa akan datang.
4.Berkawan Dengan Orang Yang Lebih Senior Dari Kita
Perjalanan untuk menjadi seorang blogger yang hebat ini sebenarnya jauh.Kita perlukan masa yang lama untuk mencapainya.Untuk memendekkan masa untuk menjadi blogger yang hebat,kita harus berkawan dengan blogger-blogger yang lain terutamanya blogger-blogger senior yang mahir dan sudah lama berblogging.
Blogger yang hebat ini tidak semestinya mempunyai ranking yang tinggi @ PR yang tinggi tetapi blogger yang mempunyai kemahiran tersendiri dan pengaruh didalam dunia blogging ini.Itu barulah dikatakan hebat.Setakat alexa rank tinggi,semua orang boleh mencapainya.Betul tak?
Jika ingin berkawan dengan blogger-blogger senior @ hebat ini,anda boleh join group FB Rakan Bloggerini.Memang yang terdapat disitu semuanya hebat-hebat belaka.
5.Menulis Entri Dengan Cara Yang Berhemat Dan Memberi Kebaikan Kepada Pembaca
Yang terakhir adalah menulis dengan cara berhemat dan memberi faedah kepada pembaca.Ini perkara yang paling sukar untuk dibuat kerana kita sentiasa terkejar-kejar dengan trafik sehingga kita terlupa akan perkara ini.Sebenarnya blogging ini mudah jika kita tahu caranya.Ramai yang ingin belajar mengenai SEO dan entri yang melibat SEO inilah yang paling kritikal kerana SEO melibatkan search engine.Jikan entri yang ditulis itu sekadar melepaskan batuk ditangga,pasti orang yang membacanya akan rasa kecewa.Betul tak?
Untuk menjadi blogger yang hebat ini,seorang blogger itu haruslah pandai mengolah entri yang ingin ditulis.Sampai menulis itu masukkan sedikit unsur-unsur nasihat dan teguran.Yang paling penting adalah entri yang ditulis itu biar sampai kepada pembaca.Maksudnya apa yang dicari oleh pembaca mesti ada didalam entri berkenaan.Barulah pembaca suka pada blog kita.
Banyak cabarannya untuk menjadi seorang blogger yang hebat ini.Ia perlukan kesabaran dan kesungguhan untuk berjaya.Itu tidak termasuk lagi dengan blogger-blogger yang suka menyamar menjadi anonymous,blogger yang tak suka pada kejayaan kita dan 1001 dugaan yang lain.Benda ini akan mendewasakan kita.Jika tidak percaya tengok lah nanti.Pada masa mendatang,anda akan lebih yakin untuk menulis dan berkongsi pendapat anda di blog.Insya-Allah.
Satu pesanan saya adalah jangan sesekali kita bergaduh sesama blogger.Dunia blogging ini kecil je.Last-last jumpa semula.Jika kita baik dengan orang,orang pun akan baik dengan kita walaupun tak semuanya.
Itulah serba sedikit pendapat yang boleh saya kongsikan untuk menjadi seorang blogger yang hebat.Insya-Allah.semua orang boleh menjadi hebat jika merasakan diri sendiri itu hebat.Jika hebat,buktikanlah kehebatan kita tu.
Sekian.
Seterusnya entri tentang pergaduhan sesama blogger yang disiar di sini :
Bergaduh antara blogger ini bukanlah satu amalan yang baik dan ia memberikan keburukan kepada reputasi blogger dan blog.Jika kita berblogging @ blogwalking,perkara ini masih berlaku dan saya lihat ia berlaku dikalangan blog yang masih baru @ blogger-blogger yang baru nak naik.
Baru-baru ini,saya terjumpa satu blog yang dimiliki oleh seorang guru.Nama blog itu pun menggunakan perkataan Cikgu tetapi entrinya adakala begitu menyakitkan hati.Mungkin sedang bergaduh @ membalas kutukan daripada pihak lawannya kot.Tapi sebagai seorang pendidik,seorang cikgu haruslah pandai menjaga kata-katanya dan pandai bermain dengan emosi.Kita tahu bahawa guru pun manusia biasa tetapi respect lah dengan kerjaya anda itu.Jangan disebabkan sikap anda itu menyebabkan orang pandang seorang dengan guru.
Kembali kepada persoalan utama,kenapa blogger suka bergaduh?Kita boleh fikirkan banyak sebab kepada seseorang blogger itu bergaduh diantaranya adalah ingin membalas dendam dan juga mencari populariti murahan serta trafik lah kan?.
Kita tidak menafikan bahawa dunia blogging ini banyak dugaanya,ada yang suka pada blog kita dan ada sebaliknya tetapi sebagai seorang insan biasa,kita tidak lari daripada perasaan kecewa,marah dan sedih apabila orang memburuk-burukkan blog dan usaha kita.Perasaan iri hati,hasad dengki pasti ada apabila orang melihat kejayaan kita.Bila berlaku perkara sebegini,jangan kita layan mereka itu dan jika kita layan,nanti perkara itu akan bertambah besar dan akhirnya kita juga yang malu.Baik kita diam dan berblogging macam biasa.
Mencari populariti murahan juga merupakan agenda utama pergaduhan diantara blogger ini.Dengan bergaduh inilah akan menaikkan rating sesebuah blog kerana seperti yang dinyatakan diatas,ramai blogger ingin tahu perkembangan pergaduhan mereka.Jujur saya katakan bahawa ia akan meningkatkan trafikblog anda tetapi kreadibiliti anda sebagai blogger akan merosak.
Kesimpulannya usahalah bergaduh sesama sendiri kerana berblogging ini ibarat bersaudara.Sentiasa bergantung antara satu sama lain.Hidup ini susah jika kita susahkannya dan hidup ini senang,jika kita senangkannya.Betul tak?
Bukan senang untuk berjaya didalam berblogging ini,ia akan mengambil masa yang lama untuk membina kredibiliti anda sebagai seorang blogger.Teruskan berblogging dan sentiasalah menjaga penulisan anda sekiranya anda ingin berjaya.Insya-Allah.Selamat Maju Jaya.
p/s:tambahan,entri diatas itu tak mention sapa-sapa,jika ada yang terasa,harap maaf.Ini bukan entri menghentam tapi ini entri motivasi @ nasihat.Jika tidak boleh terima nasihat,macam mana nak jadi seorang pendidik anak bangsa.Tak gitu?Renung-renungkan!
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Info yang berguna.terima kasih.
BalasPadammenarik
BalasPadamterima kasih kerana memberi maklumat.
BalasPadam