Berikut tulisan rakan dan sifu bernama Anur Mohd Nor yang lebih dikenali Blogger Umno-Reform tentang isu blogger dibela ibarat Hantu Raya moden di bawah... Analogi ini menarik kerana sifat blogger spesis hantu raya sememangnya akan menjaga tuan sendiri dan menyerang sesiapa yang memusuhi tuannya walau membawa kemudaratan.
Perkara ini penting diambil perhatian oleh pimpinan atasan khususnya YAB Perdana Menteri kerana sikap blogger jenis ini tidak akan menguntung tetapi merugikan Umno dan BN secara keseluruhannya. Lihat sahaja isu video seks yang telah mengganggu perancangan dan mencalar imej parti serta kerajaan. Akhirnya PM sebagai ketua juga yang susah membuat rencana menjana kemenangan, bukan kita.
Panglima bukan mahu menyekat rezeki tetapi mahu kita bersama-sama berfikir kembali agar perjuangan kita akan tetap atas landasan yang benar bukan sebaliknya. Dalam berjuang kita kena berjemaah 'organisasi' bukan mengikut kepala sendiri. Pertolongan Allah datang apabila kita ada saf dan jemaah yang kukuh bukan rapuh.
Blogger jenis Hantu ini akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mempedulikan kepada kesan kepada parti, yang mana berlaku akibat menulis mengikut perasaan bukan strategi yang dirancang. Siapa kata mereka polong tidak bertuan ? Mereka inilah 'hantu raya moden' yang dibela untuk meraih sokongan dan menjatuhkan lawan demi keuntungan politik tuannya.
Perhatikan kembali tragedi demi tragedi yang mungkin sudah disusun kronologinya, untuk menilai adakah betul tindakan sesetengah pemimpin kita yang membela blogger spesis hantu raya yang menghisap darah untuk kepuasan diri sendiri bukan kemenangan parti. Yang tidak perlu ditulis kembali di sini kerana ia isu sensitif dan melibatkan pegawai kerajaan.
Jelas banyak perkara tidak cerdik dibuat dan mahukah kita menanggung risiko hingga makin membawa mudarat kepada parti dalam PRU 13 yang makin dekat ? Jangan pentingkan diri tetapi pentingkan masa depan parti yang perlu diperjuang demi anak cucu kita semua.
Semoga penjelasan ini dilihat dengan mata kepala dan hati yang terbuka untuk kebaikan bersama. Dan ini tidak ada kaitan atau arahan sesiapa kecuali demi melihat kemenangan kita akan diraih pada PRU akan datang. Jika pemimpin tidak mahu berhenti membela, merekalah yang perlu 'dihentikan' oleh kuasa veto Perdana Menteri kita.
Mohon maaf salah dan silap, wassalam.
- Panglima
Pemimpin bela HANTU RAYA MODEN? |
Written by Webmaster
MONDAY, 20 FEBRUARY 2012
Saya merujuk pada tulisan:
http://kritis-online.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2478:bila-blogger-jadi-samseng&catid=38:bahasa-melayu&Itemid=77
Ketegangan semakin serius. Sikap samseng dalam laman pro UMNO turut muncul. Ugutan semakin besar yang memungkinkan laman-laman pro UMNO sendiri terpesong dengan perjuangan sesama – hentam menghentam dan buruk memburuk. Tuduhan melulu timbul, mahu diugut untuk membogelkan maruah sesama blog dan juga kepimpinan yang mempertahankan UMNO – walau dengan cara berbeza.
www.umno-reform2.com turut diugut. Sebagai penyelia laman, Anuar Mohd Nor turut di carut – mahu diugut untuk rahsia dibogelkan, mengugut menyiarkan video klip, menuduh TROJAN HORSE sungguhpun tidak ada kedudukan dalam parti – hanya sekadar ahli biasa yang berdaftar dan tidak hadir dalam sebarang mesyuarat strategi UMNO. Tuduhan mereka melarat – menghentam rakan-rakan saya dalam Unit Media Baru, menghentam kepimpinan seperti Ketua Penerangan UMNO dan beberapa kepimpinan UMNO seperti Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah, pernah menghentam Datuk Hishammuddin Hussien dan Tun Faisal selaku peneraju Unit Media UMNO. Hentaman pula bukan atas garisan profesionalisme tetapi lebih kepada tukang carut.
Ingat : www.umno-reform2.com tidak akan menggunakan taktik menyelongkar seluar dalam mereka - itu bukan cara – tetapi mengajak mereka untuk tampil dengan video klip, tampil berhujah memandang mereka hebat dan tampil dengan bukti. Namun kehebatan mereka hanya setakat mencarut dan memaparkan bahan lucah serta membuat fitnah – itu pun menyorok di belakang komputer takut kelak – hasil tulisan mereka di ketahui oleh generasi akan datang. Fitnah pula – bukan dari tuduhan melulu kami dari www.umno-reform2.com tetapi dari tindakan saman ke atas mereka.
Namun menurut laman portal www.kritis-online.com ada kepimpinan yang bela HANTU RAYA MODEN ini. Mereka menulis mengikut kehendak dan cita-cita tuan mereka. Mereka dibela bukan sahaja untuk menyerang pembangkang tetapi lebih menyerang sesama untuk kepentingan politik. Lantas – mereka lebih mencederakan INSTITUSI UMNO itu sendiri dari membantu. Mereka sudah dilabel sebagai Tukang Carut dan mereka akan menggunakan didikan carut mencarut sebagai senjata untuk menentang lawan – khususnya dalam kem penulis blog sendiri.
Malangnya ada kepimpinan yang dikatakan terlibat dalam membaja tukang carut ini untuk subur tumbuh dalam kalangan penulis blog UMNO untuk tujuan tertentu. Mereka tidak sedar kalau orang lain mereka boleh carut dan gigit – tidak mustahil mereka juga akan jadi mangsa setelah gagal memberi makan. Mereka akan membiak dalam kelompok virus besar dan akan menjadi punca UMNO diserang luas.
Hari ini strategi perang saraf dalam UMNO semakin tergugat. Penulisan carut-mencarut ini tidak diterima oleh pengundi atas pagar. Mereka yang dalam kem lawan juga tidak akan terpancing untuk melihat budaya yang dipancarkan oleh mereka. Mereka menjahanamkan refleksi transformasi dalam UMNO. Mereka seakan meludah – tetapi jatuh atas nama UMNO sendiri.
Semua itu – taktik perang saraf lama yang sudah terselit dalam lipatan sejarah. Rakyat yagn sudah terdedah dengan media Internet sekarang sudah dewasa. Mereka tahu dan mereka membuat penilaian sendiri. Kita tidak mahu kita sama kita berseronok tetapi impak pada pengundi menyorot.
Hari ini mereka masih ghairah mencarut – dari mencarut kepada pihak pembangkang kini mencarut terhadap blog pro UMNO yang formal seperti Unit Media UMNO. Mereka rasa gah mereka membantu dengan menjayakan partisipasi dalam media web tetapi tidak sedar bahawa kelangsungan hayat UMNO akan bertambah pendek sekiranya HANTU RAYA ini tidak halau.
Ketua Pemuda UMNO sendiri, pernah mengatakan bahawa mereka bukan lidah rasmi UMNO, yang menjadi lidah resmi dalam usaha menangani media pembangkang adalah Unit Media Baru UMNO.
www.umno-reform2.com semakin banyak menerima input – siapa yang membela mereka dan tujuan apa mereka ada. Namun itu semua akan diperjelaskan kemudian. www.umno-reform2.commahu kepimpinan yang ada menilai – ambil topik terbaru Raja Petra Kamaruddin dengan cara blog terpopular kita melakukan perang saraf media mereka. Ada beza atau kita tidak nampak – buat-buat tidak nampak kerana ada agenda yang lebih luas lagi.
www.umno-reform2.com akan menulis lagi mengenai isu ini dari masa ke semasa. Mungkin kepimpinan UMNO sendiri perlu kita kejutkan untuk menilai semula apa yang sedang berlaku.
sumber : http://umno-reform2.com/front/index.php
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.