AIDCNews – 03/06/11 – 'Datuk Seri Anwar Ibrahim secara individu sudah menjadi liabiliti, namun rangkaian operasinya yang terus mempertahankan kedudukannya', begitulah rumusan laman ini dalam menilai prestasi Ketua Umum PKR itu masakini.
Rangkaian-rangkaian operasi Anwar yang dimaksudkan itu adalah Malaysiakini.com, SUARAM, Merdeka Center, MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections), CIJ (Center for Independent), SEAPA (Southeast Asian Press Alliance) dan ODC (Open Dialogue Centre).
Selain Anwar yang menjadi panel pemikir NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan yang didalangi Yahudi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), yayasan yang bertopeng wajah 'demokrasi' itu juga turut membiaya rangkaian operasi Anwar di Malaysia seperti yang disenaraikan di atas.
Senarai pemberian dana didedahkan oleh laman web NED berdasarkan Laporan Tahunan 2009. Klik di sini dan sini
Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan program di Malaysia.
Nama George Soros turut disebut-sebut berada bersama di belakang NED, walaupun kedua-dua badan itu dua entiti yang berbeza yang dikawal oleh Yahudi.
Malaysiakini dan SUARAM ibarat dua organisasi adik beradik yang didalangi beberapa individu antaranya, Premesh Chandran, Tian Chua, Elizabeth Wong, Sivarasa Rasiah, Cynthia Gabriel dan lain-lain.
Aktivis-aktivis SUARAM seperti Chang Lih Kang, S. Aruchelvan menjadi calon PKR pilihanraya umum ke-12.
Susan Loone, ketika itu masih lagi menjadi wartawan Malaysiakini disebut-sebut menjadi calon PKR pada tahun 2004, namun beliau menarik diri saat-saat akhir dengan menyertai satu organisasi hak asasi yang berpengkalan di Bangkok,
Manakala Arfa'eza A. Aziz, wartawan Malaysiakini dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, selepas PKR menguasai negeri itu.
Baca laporan selengkapnya, klik di sini
Tian Chua, Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Premesh Chandran adalah 'empat sekawan' yang berasal dari aktivis pelajar Australia yang pro-demokrasi dan hak asasi manusia.
Gelombang 'reformasi' yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1998 berlandaskan 'keadilan', 'demokrasi' dan 'hak asasi' mendekatkan 'empat sekawan' itu untuk menyokong perjuangan Parti Keadilan.
Pada peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) empat sekawan itu (Tian, Elizabeth, Stevan dan Pramesh) terlibat sama dalam mesyuarat membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan 'justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance' yang akhirnya dijelmakan sebagai Malaysiakini.com.
Setelah Malaysiakini ditubuhkan secara rasmi, Stevan Gan menjadi Ketua Pengarang dan Pramesh Chandran mengendalikan pengurusan kewangan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Klik di sini
Manakala Tian Chua dan Elizabeth pula memilih pendekatan pemain di sebalik tabir portal internet itu serta lebih menonjol dalam NGO yang memperjuangkan hak asasi.
Tian-Elizabeth bergerak bersama, termasuk tinggal serumah di Bukit Gasing dalam menggerakkan NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia), SUARAM dan ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia). Klik di sini
Yang menyatukan Tian, Eliz, Stevan dan Pramesh adalah mereka bergerak melalui sumber penaja yang sama iaitu disponsor oleh Open Society Institute (OSI) kepunyaan Yahudi bernama George Soros.Klik di sinidan di sini
Bermakna NED dan OSI saling bantu membantu untuk mencapai matlamat yang sama.
Selain Malaysiakini mendapat bantuan NED, laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk "Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism", (klik di sini) menyebut Malaysiakini juga mendapat tajaan George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.