Pages

01 Februari 2012

Terima Kasih Blogger Cerdik The Unspinners Promosi Blog Panglima


Bang Unspinners : terima kasih promosi saya. Bertuah benar blog kecik macam saya dapat promosi sebegini.


Ada tisu nak kesat tak ?


Hingus meleleh keluar ni.


Abang marah benar kepada Tok Mat sebab kena perli pakai baju hijau semalam ke atau kerana sebab lain ?


Tok Mat gurau sikit pun tak kan sensitif. Sampai serang Tok Mat begitu sekali.


Oh ye makin tua makin sensitif ye tak.


cuma nak tanya, Abang kritik ke hentam ke tegur cara macam tu ?


Macam ni lah bang.


Kita boleh berperang sesama sendiri.


Tetapi saya tetap pertahan Unit Media Baru Pemuda UMNO. Pilihan saya ada ialah unit ini.


Sesiapa sahaja yang perkuatkan UMNO BN juga saya sokong.


Sesiapa sahaja yang cuba melemahkan UMNO BN saya tentang.


Saya setuju pendirian abang semua bahawa kita perlu kritik perkara tak betul. Tanpa rasa takut.


Tetapi kita tak pula diajar suruh puji diri sendiri lebih cerdik dari orang lain.


Tidak pernah pula saya jumpa hadis menyuruh kita buat macam tu.


Maafkan saya jika tidak berapa cerdik bang.


Mungkin kerana tak cerdiklah maka saya banyak berhutang sana sini dan duit selalu habis.


Oh ye, Papagomo pun dah komen di blog saya semalam. Pasal Anuar Reform.


Bangga benar gua blogger paling top di Malaysia kalangan pro kerajaan datang komen.


Bangga juga sifat setiakwan dia bantu abang serang Anuar Reform.


itu sahaja komen saya...


Terima kasih bang, selamat malam.



- tulisan di atas adalah komen saya yang masih belum disiarkan di sana sampai ke pagi ini 8.44 pagi. Sejak dihantar untuk ditapis oleh theunspinners sejak semalam. Komen lain pula yang keluar.


cerita asal : http://theunspinners.blogspot.com/



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 ulasan:

  1. UMNO dan PAS asalnya satu. Matlamat dan halatuju sama namun apabila ada sedikit keinginan yang berbeza....jalan yang dipilih pasti berbeza walaupun tempat dituju masih sama.

    Ketika UMNO dilihat tersangat lemah...kita semua mampu berganding bahu, bermesra, meremehkan malah membuang terus rasa benci. Apakah kini kita terlalu kuat?...

    NGO ADIL begitu kuat ketika era reformasi tetapi apabila dibentuk menjadi parti....bermula era politik paling busuk dalam sejarah politik Malaysia. Blogger/Pejuang siber Pro UMNO sebenarnya kuat jika bersatu.....namun apabila dipecahkan mengikut hirarki tertantu...pasti ada kelemahan dan menjadi pertikaian orang. hakikat ini harus diterima apabila ada pihak mengambil keputusan mewujudkan unit-unit tertentu dikalangan pejuang maya pro UMNO.

    Pakteh faham tujuannya untuk memudahkan@melancarkan sesuatu program dgn lebih tersusun.

    Atas faktor itu...Pakteh sarankan setiap dari kita berlapang dada dan istiqomah dalam perjuangan.

    Setiap dari kita akan mempunyai kelemahan malah amat pasti akan membuat kesilapan kerana bukan semua dari kita mempunyai bacground yang sama.

    Percayalah...kelemahan setiap orang dikalangan kita itulah yang menjadikan kita kuat. Kita bersatu hati menangani kelemahan dan akhirnya disaat hampir PRU13 ini, kita boleh dikatakan berjaya.

    Harus diingat, pejuang maya pro UMNO kini sama tara kalaupun tidak lebih kuat dari group PR. Ini berbeza ketika reformasi memuncak dimana kebanyakkan kita hanya bergantung kepada KMU. Mengapa tidak kita jadi seperti dulu?

    Mungkin boleh difikirkan sebagai penambahbaikan kepada kekuatan pejuang maya pro UMNO pada masa depan.....Jangan lantik individu berjawatan dalam politik mengetuai mana-mana group.

    Akhirnya....kita bertungkus lumus siang malam pagi petang demi kelangsungan perjuangan UMNO. Kita tidak meminta dibalas jasa kita malah kita secara sukarela membina blog yang akhirnya kini dibaca ramai orang. Perlukah kita rosakkan kepercayaan pembaca kita dengan sengketa marah tapi sayang sesama kita ini?. Pakteh rasa ktia tidak berniat sebegitu......

    Lagi sekali...ayuh berlapang dada...jom ganyang Pakatan Haram DAP, PAS, PKR dlam PRU13.

    p/s: Pakteh mudah ja...sesiapa sahaja yang sokong@Pro UMNO...itu sahabat Pakteh. Jagalah sahabat sebaik mungkin.

    BalasPadam
  2. Terima kasih komen Pakteh.

    Individu berjawatan politik akan menguasai jentera politik.

    Individu berjawatan kerajaan akan menguasai jentera kerajaan.

    Yang paling penting bukan siapa tetapi apa yang dihasilkannya.

    Berilah sokongan kepada pemimpin kita dan jangan sesiapa suka buat perangai sendiri membawa diri keluar dari payung jemaah...

    BalasPadam
  3. Wah ... terbaik komen2 ini. Meremang bulu roma. Ni yg tambah semangat nak menentang Pakatan yang masih haram.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.